Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Lee Jung-jae Minta Netflix Bayar RM4.6 Juta Untuk Setiap Episod ‘Squid Game 2’

Sebelum ini, Netflix telah mengejutkan ramai dengan mendedahkan barisan pelakon baharu untuk drama bersiri Squid Game musim kedua iaitu Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Kang Ae-shim, Lee David, Jo Yu-ri, Won Ji-ahn, Noh Jae-won dan T.O.P (Choi Seung-hyun).

Pun begitu, Dispatch telah memaklumkan pelakon utama iaitu Lee Jung-jae telah mengejutkan ramai apabila dia meminta bayaran lebih RM4.6 juta ($1 milion) untuk setiap episod bagi drama popular tersebut.

“Netflix tidak mampu mengabaikan permintaan Lee Jung-jae. Lee Jung-jae meminta Netflix mendapatkan jaminan besar lebih 1 juta dolar untuk setiap episod, yang bermaksud bayaran penampilannya untuk satu musim adalah lebih 13 juta dolar (RM 60,840,000), untuk 13 episod,” ujar Dispatch.

Bagaimanapun, sejauh mana kesahihan itu tidak dapat dipastikan kerana belum ada apa-apa respon daripada agensi mahupun Netflix mengenai laporan berkenaan.

Sumber: AllKpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd