Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Lawatan PM Ke 3 Negara Asia Tengah Jana Potensi Pelaburan Lebih RM 2.1 Bilion

Lawatan ke tiga buah negara Asia Tengah iaitu Uzbekistan, Kazakhstan dan Kyrgyztan dilaporkan berjaya menjana potensi pelaburan sekurang-kurangnya melebihi RM 2.1 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati terhadap kunjungan ketiga-tiga buah negara tersebut yang sekali gus telah mengangkat hubungan dua hala dengan memeterai potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta.

Foto: Sinar Harian

Selain berasa berat hati untuk meninggalkan negara Uzbekistan meskipun hubungan tersebut dijalinkan dalam tempoh singkat, namun Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menghargai jalinan persahabatan bersama Presiden Shavkat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan hasil lawatan rasmi ini yang telah membuka lembaran baharu dalam hubungan antara Malaysia dengan negara-negara di benua Asia Tengah.
“Lawatan rasmi saya ke Uzbekistan telah berjaya mengangkat hubungan dua hala, pelaburan, perdagangan serta kerjasama Malaysia-Uzbekistan ke tahap lebih tinggi, dengan potensi eksport sekurang-kurangnya RM710 juta telah termeterai,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sementara itu, beliau menyatakan bahawa kunjungan ke Uzbekistan yang dianggap sebagai penutup tirai lawatan rasmi ini telah berjaya menjana potensi pelaburan mencecah RM 2.1 bilion sekali gus dapat memberi kelebihan kepada ekonomi Malaysia.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0xbu2c9VSa3uSGtCtMjduJFbJ7qkfwy7gUXDRi5ad9NPxUHMkTkiKmJRZtsN2woSGl

“Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan juga berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion, yang bakal memanfaatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
“Penghujung kunjungan di Uzbekistan juga menutup tirai lawatan rasmi saya ke tiga negara Asia Tengah, bermula di Kyrgyzstan pada Selasa lalu, disusuli Kazakhstan pada Khamis,” ujarnya.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd