Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KUSKOP Sasar Tiga Objektif Utama, Bantu Usahawan Giatkan Aktiviti Perniagaan

Kementerian Pembangunan Usahawan Koperasi atau KUSKOP sasar tiga objektif utama melalui Perancangan Strategik KUSKOP 2025 dengan tema ‘Transformasi Melonjak Prestasi’.

Menteri KUSKOP, Datuk Ewon Benedick berkata salah satu objektif tersebut adalah menyediakan ekosistem yang kondusif bagi menyokong pemecutan pertumbuhan dan kestabilan sektor keusahawan negara.

KUSKOP sasar tiga objektif utama, bantu usahawan giatkan perniagaan

KUSKOP Sasar Tiga Objektif Utama

Foto: Utusan

“Selain itu, KUSKOP juga menyasarkan untuk mempertingkat skala dan daya saing usahawan dan koperasi serta memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan keusahawanan supaya lebih fasilitatif dan efektif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Amanat KUSKOP Tahun 2025 di Dewan Menara Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau menjealskan bagi merealisasikan objektif yang disasarkan, KUSKOP telah merangka 21 strategi, lima pemboleh daya dan 196 program/ aktiviti termasuk 20 program perdana serta enam KPI di bawah perancangan itu.

Perkasa usahawan, KUSKOP sasar tiga objektif utama

Foto: Berita RTM

“Ia merangkumi aspek penggubalan dasar,  tadbir urus dan kawal selia, pembangunan kapasiti, akses pembiayaan, akses pasaran, adaptasi teknologi dan pengukuhan penyampaian perkhidmatan.
“Pelaksanaan kesemua program dan projek yang dirancang akan memanfaatkan 508,498 usahawan dan bakal usahawan koperasi,” ujarnya.

Artikel lain: Kumpul Pemain Industri, PIFF 2025 Buka Ruang Teroka Potensi Francais Kopi Dan Kafe

Susulan itu, beliau berharap agar warga Kementerian dan Agensi dapat memberikan komitmen padu agar dapat terus membantu usahawan menggiatkan lagi aktiviti perniagaan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Kosmo! Online

“Saya yakin, pendekatan yang dirangka di bawah perancangan strategik ini akan menghasilkan usahawan yang lebih cekal, berdaya maju dan inovatif serta berupaya menampan situasi di luar jangkaan pada masa hadapan,” katanya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd