Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPM Galakkan Calon ‘Gagal’ Untuk Duduki SPM Ulangan Ogos Ini

Kementerian Pendidikan (KPM) dilaporkan memberi galakan kepada pelajar yang tidak layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 supaya mengambil semula peperiksaan tersebut pada Ogos depan.

Menurut satu laporan Berita Harian, Ketua Pengarah Pendidikan Azman Adnan berkata, kementerian telah menggunakan pelbagai mekanisme untuk memberi peluang kepada pelajar memperbaiki keputusan sedia ada serta lulus mata pelajaran wajib iaitu Sejarah dan Bahasa Melayu.

Foto: Berita Harian

“Proses (melalui Peperiksaan SPM Ulangan) sudah lama berlaku. Bila tak layak dapat sijil, maknanya disebabkan tidak lulus mata pelajaran teras sama ada Bahasa Melayu atau Sejarah, masih ada ruang untuk duduki semula peperiksaan.
“Peperiksaan ulangan ini akan dibuat pada Ogos, jadi ambillah peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melawat program VIP Buyer@PBAKL yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur yang turut dihadiri Pengerusi Pengelola PBAKL 2024 Mohd Khair Ngadiron dan Ketua Pegawai Eksekutif PKB Adibah Omar, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: edisiviral.com

Azman juga berkata, KPM mempunyai pelbagai cara mendekati kelompok pelajar yang sepatutnya menduduki SPM Ulangan yang mana antaranya ialah  membuat hebahan dan promosi (berterusan) walaupun mereka telah keluar daripada sistem persekolahan.

“Hebahan dibuat oleh KPM dan juga pihak sekolah sendiri. Pihak sekolah boleh buat hebahan misalnya melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dapat sampaikan maklumat kepada penjaga mereka,” ujar beliau.

Sementara itu, Azman turut mengulas lanjut mengenai program VIP Buyer@PBAKL yang dikendalikan Perbadanan Kota Buku (PKB) diadakan berujuan untuk memudahkan urusan pembelian buku di kalangan sekolah di seluruh negara dengan pendekatan pembelian buku melalui sistem dalam talian.

“Jadi, di PBAKL ini, guru yang datang daripada pelbagai negeri boleh lihat buku yang dijual, yang mana sesuai untuk koleksi perpustakaan mereka boleh dibeli bagi kegunaan sekolah,” tambahnya.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga turut memaklumkan bahawa pembelian buku boleh secara pukal, selain tempahan yang dibuat akan terus dihantar ke sekolah seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

Untuk makluman, keputusan SPM yang diumumkan KPM baru-baru ini mendapati kira-kira seramai 24,000 calon, iaitu sebanyak 6.5 peratus tidak layak menerima sijil SPM atau gagal melepasi penguasaan minimum peperiksaan tersebut.

Sumber: Berita Harian (Latifah Arifin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada...

Lokal

Polis sahkan penemuan orang awam di celah pokok dalam kebun durian di Jalan Yong Peng-Muar bersebelahan Kompleks Penghulu pada Isnin merupakan rangka manusia dan...

Sukan

Pakaian rasmi kotinjen negara untuk ke pelbagai temasya sukan bukan di bawah kuasa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN). Menerusi...

Sosial

Seorang wanita Rusia berkongsikan mengenai ‘duit hantaran’ yang biasa ditetapkan oleh keluarga wanita kepada bakal pengantin lelaki melalui satu video yang menjadi sorotan di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd