Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Maklum Harga Barang Terkawal Selepas Pelaksanaan Subsidi Diesel

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memaklumkan bahawa harga barang kini terkawal selepas pelaksanaan penyasaran subsidi diesel.

Menerusi satu laporan Buletin TV3, Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pihaknya telah mengeluarkan 210 notis bertulis dan membuka tujuh kes siasatan semenjak hari pertama penyasaran subsidi dilaksanakan di kawasan semenanjung Malaysia pada 10 Jun lalu.

Foto: Buletin TV3

“Setakat ini selepas penyasaran subsidi diumumkan, kita telah memeriksa lebih kurang 2,790 premis. Pada 23 Jun, kita telah mengeluarkan sebanyak 210 notis bertulis dan membuka tujuh kes siasatan.
“Kita dapati pada hari pertama, ada pihak mengambil kesempatan tetapi selepas notis dikeluarkan, kita panggil mereka, bagi notis untuk minta mereka jawab mengapa ada kenaikan harga.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita juga dapati data terkini menunjukkan keadaan agak keadaan terkawal,” katanya.

Beliau juga berkata, KPDN telah memulakan pra Ops Kesan sebelum penyasaran subsidi diesel bermula dan telah berjaya mengumpul sebanyak 1,772 stok simpanan untuk memudahkan perbandingan harga sebelum dan selepas penyasaran subsidi diesel dilaksanakan kerajaan.

“Kita telah mengutip kira-kira 1,772 unit simpanan stok (SKU) harga barang sebelum penyasaran subsidi itu bermula supaya kita boleh membandingkan apabila berlaku penyasaran subsidi,” tambah beliau.

Foto: paultan.org

Untuk makluman, harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM3.35 seliter yang diumumkan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada 9 Jun lalu.

Sumber: Buletin TV3 (Fahiz Ariff, Hamdi Fahmi Mohamad Zaki)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd