Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KP Perak Nafi Gegaran Di Ipoh Letupan Kuari Atau Latihan Polis

Insiden gegaran kuat dan bunyi dentuman yang berlaku di bandar Ipoh sekitar pukul 11.06 pagi tadi bukan disebabkan oleh letupan kuari atau latihan polis seperti dakwaan yang dibuat oleh pengguna di media sosial.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris mengesahkan perkara tersebut dan hasil semakan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini.

Menurut Azizi, semakan dengan Pejabat Tanah Dan Galian (PTG) turut mendapati tiada letupan yang dijalankan di mana-mana kuari sebelum jam 12 tengah hari.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mendapati, daerah Ipoh tidak terkesan dengan sebarang aktiviti seismik walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi.
“Pihak polis sedang menyiasat mengenai insiden ini dan orang ramai dinasihati supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut menghubungi Pusat Kawalan Kontinjen Perak di talian 05-2451119 atau 05-2451073 bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, penduduk Ipoh dilaporkan cemas kerana merasakan gegaran selama beberapa saat, diikuti bunyi kuat seakan dentuman di bahagian atas bangunan.

Foto: Flickr

Pemantauan di platform media sosial menunjukkan bahawa pengguna melaporkan getaran tersebut telah dirasai di beberapa lokasi di sekitar Ipoh, termasuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Chemor, Stadium Perak, Meru Raya, Falim, dan kawasan Gugusan Manjoi.

Di samping itu, pengguna media sosial turut melaporkan turut merasai gegaran sama di kawasan-kawasan lain, seperti Tanjung Rambutan, Klebang, Jelapang, Tambun, dan Silibin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dilaporkan juga bahawa pengguna yang berada di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora.

Sumber: Berita Harian (Muhamad Lokman Khairi)

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Sekitar 15,000 peserta dijangka turun padang dalam perhimpunan ‘Turun Anwar’ yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka pada 26 Julai ini, dengan lebih 2,000 anggota...

Sosial

Pempengaruh yang terkenal dengan konten-konten resepi masakan, Che Nom luah sedih dan kecewa menerusi satu perkongsian yang menyentuh hati. Che Nom luah sedih, niat...

Lokal

Drama kehilangan seorang lelaki yang juga dikenali sebagai pempengaruh permotoran akhirnya terbongkar apabila polis mendedahkan ia hanyalah helah untuk melarikan diri ke luar negara....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd