Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Kos Pembikinan Cecah RM1.2 Juta, Filem ‘Geng Kubur’ Temui Penonton 25 April Ini

Filem terbitan Iron Hill Media Sdn Bhd, ‘Geng Kubur’ bakal menemui penonton di pawagam yang berhampiran pada 25 April ini.

Pengarah filem tersebut, Gavin Yap berkata, dia menganggap aktiviti melepak di tanah perkuburan bukan sesuatu yang aneh memandangkan dirinya sering melakukan perkara tersebut.

Disebabkan itu, Gavin telah menggunakan aktiviti dan pengalamannya yang mungkin dianggap pelik oleh orang ramai ini sebagai ilham untuk dia menghasilkan filem berkenaan.

Mengulas lanjut, dia menjelaskan ‘Geng Kubur’ tidak hanya menyajikan kisah seram semata-mata, tetapi juga menggambarkan perjalanan kehidupan empat sahabat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Di sebalik kegemaran melepak di kawasan kubur, masing-masing ada kisah sendiri yang telah
menghantui kehidupan mereka,” katanya.

Jelasnya, meskipun watak-watak tersebut dikatakan gemar melepak di kubur, namun setiap daripada mereka memiliki rahsia tersendiri yang menghantui hidup.

Difahamkan, penggambaran filem yang dibintangi oleh Firdaus Sufiyan, Mia Sara Shauki, Lion Chong serta Sasidaran ini telah dilakukan pada September 2022.

“Saya percaya setiap penonton akan melihat ‘diri’ mereka dalam setiap watak yang
ditampilkan,” ujarnya.

Selain berharap agar karyanya diterima baik, Gavin turut meyakini bahawa penonton akan terkenang kembali zaman persekolahan mereka semasa menonton filem tersebut.

Dalam pada itu, penerbit eksekutif, Michael Chen menyatakan  kelainan yang terdapat dalam naskhah ini membuatkan pihaknya tertarik untuk menerbitkan filem berkenaan.

“Setiap watak utama tidak menjalani kehidupan yang sempurna dan mereka perlu berhadapan isu yang melanda diri masing-masing. Boleh dikatakan, ada mesej yang ingin disampaikan kepada penonton,” jelasnya.

Walaupun kos pembikinan filem mencecah RM1.2 juta, namun Michael tetap berpuas hati dengan filem yang diterbitkannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd