Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kontrak Katering RM25.6 Juta HCTM Diberi Kepada Syarikat Tiada Sijil Halal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025.

Kontrak katering diberi kepada syarikat tidak berpengalaman

Menurut laporan FMT, kontrak katering selama tiga tahun bermula Februari 2024 hingga Februari 2027 itu diberikan kepada syarikat bernombor pendaftaran 0267299-T, walaupun gagal dalam penilaian teknikal disebabkan ketiadaan sijil halal serta pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Syarikat tersebut turut didapati tidak berpengalaman dan kekurangan pramusaji serta troli makanan.

kontrak katering

Foto: Carian Google

Audit mendapati hanya dua daripada 12 syarikat pembida lulus penilaian teknikal dengan markah melebihi 85 peratus.

Namun, 0267299-T yang hanya memperoleh 53 peratus tetap dianugerahkan kontrak katering atas alasan memenuhi kriteria penilaian kewangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selaku pihak yang menyelia HCTM, menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat bagi memastikan bekalan makanan kepada pesakit tidak terputus susulan tamatnya kontrak syarikat terdahulu.

UKM turut memaklumkan bahawa syarikat berkenaan telah memohon sijil HACCP pada 24 September 2024, namun audit hanya boleh dijalankan selepas kerja ubah suai di dapur HCTM disiapkan.

Artikel lain: Hospital Islam Az-Zahrah Nafi Arahan Bayar RM8.3 Juta Dalam Tempoh 14 Hari

Bagaimanapun, laporan audit tidak meyatakan maklum balas UKM berkenaan isu ketiadaan sijil halal syarikat tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, HCTM juga didapati menganugerahkan kontrak pembekalan peralatan perubatan kepada syarikat yang tidak disyorkan oleh jawatankuasa teknikal, walaupun mesin pemecut linear (Linac) yang ditawarkan gagal memenuhi keperluan sistem integrasi sedia ada.

Akibat kelewatan penghantaran peralatan seperti mesin Linac, simulator CT dan alat suntikan kontras, rawatan bagi 20 pesakit kanser terjejas dengan tempoh menunggu antara satu hingga lapan minggu.

Peralatan itu sepatutnya dihantar sebelum 18 September tahun lalu, namun audit mendapati mesin Linac masih belum tiba ketika pemeriksaan dijalankan, dengan kelewatan direkodkan selama 122 hari.

kontrak katering

Foto: Carian Google

Secara keseluruhan, Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Mohd Radzi mendedahkan tiga tender UKM bernilai RM58.45 juta diberikan kepada syarikat yang tidak disokong oleh panel penilai, mencetuskan kebimbangan terhadap pengurusan dana awam.

Laporan audit tersebut turut merangkumi lima audit melibatkan tujuh kementerian, dengan jumlah program, projek dan kegiatan bernilai RM48.87 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebanyak 22 syor telah dikemukakan kepada kementerian, jabatan dan syarikat terlibat.

Sumber: Free Malaysia Today

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Nasional

Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 melalui anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. Menteri...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd