Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kim Soo Hyun Ambil Tindakan Terhadap Berita Palsu, Akui Reputasi Tercalar

Pelakon Korea Selatan, Kim Soo Hyun bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang cuba menyebarkan berita palsu bekaitan hubungan percintaan lalunya bersama aktres Kim Sae Ron.

Kim Soo Hyun ambil tindakan berita palsu

Kim Soo Hyun ambil tindakan berita palsu

Foto: Media Hiburan

Menurut laporan Allkpop, Gold Medalist yang merupakan agensi Soo Hyun memaklumkan pihak mereka sudah memfailkan laporan kepada pihak berkuasa ekoran dakwaan penyebaran berita palsu.

Sementara itu, pihak mereka juga menjelaskan  bahawa fitnah yang terjadi di media sosial telah mencemarkan nama baik Soo Hyun sebagai seorang bintang popular di negara tersebut.

“Baru-baru ini, terdapat banyak siaran membabitkan berita yang berunsur jahat, komen dan maklumat palsu tentang Soo Hyun yang dimuat naik serta disebarkan dalam talian.
“Kontroversi tidak berasas itu telah mengelirukan orang awam dan menjatuhkan maruah artis kami dengan sangat teruk.
“Kami telah menyerahkan aduan jenayah pada 14 April atas dakwaan memfitnah di bawah Akta Rangkaian Maklumat dan Komunikasi,” katanya dalam sebuah kenyataan rasmi pada Selasa.
Kim Soo Hyun ambil tindakan berita palsu

Foto: Indian TV News

Bukan itu sahaja, pihak agensi selebriti berkenaan menegaskan bahawa mereka akan bekerjasama bersama platform media sosial seperti YouTube dan X bagi mencari punca berlaku penyebaran fitnah di media sosial ke atas pelakonnya.

“Individu ini mengeksploitasi cerita untuk menghasilkan berita palsu yang direka supaya menjadi tular.
“Kami akan mengambil tindakan tegas melalui kerjasama dengan pihak YouTube dan wakil undang-undang antarabangsa termasuk platform X,” jelasnya lagi.

Artikel lain: Pelakon Korea Kim Sae-ron Ditemukan Meninggal Dunia

Terdahulu, Soo Hyun menafikan dakwaan hubungan percintaan bersama mendiang Kim Sae Ron ketika aktres itu masih di bawah umur.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Kim Soo Hyun ambil tindakan berita palsu

Foto: RRI

Namun begitu, menerusi satu sidang media yang diadakan di Hotel Stanford, Korea Selatan pada 31 Mac lalu, Soo Hyun dengan terbuka mendedahkan dia dan Sae Ron pernah menjalin hubungan cinta selama setahun pada 2020.

Soo Hyun juga dituduh menjadi punca kematian Sae Ron di media sosial dan dipercayai pernah mendesak aktres itu untuk melunaskan hutang sebanyak RM2.1 juta kepada syarikat pengurusannya.

Untuk rekod, Sae Ron ditemukan mati di rumahnya di Seongsu-dong, Korea Selatan pada 16 Februari lalu dan tarikh tersebut merupakah hari kelahiran Soo Hyun yang ke-37.

Sumber: AllKpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd