Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Korea Kim Sae-ron Ditemukan Meninggal Dunia

Pelakon popular Korea Selatan, Kim Sae-ron ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Seongdong-gu, Seoul kira-kira jam 4.55 petang (waktu tempatan) pada Ahad.

Menurut laporan The Korea Herald, Kim ditemukan oleh seorang rakan yang merancang untuk bertemu dengan pelakon berusia 24 tahun itu.

Untuk makluman sebelum itu, rakannya bertindak menelefon pihak polis selepas Kim gagal dihubungi.

Kim Sae-ron ditemukan meninggal dunia

Kim Sae-ron Ditemukan Meninggal Dunia

Berdasarkan kenyataan polis, pihak mereka tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian namun siasatan lanjut sedang dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian, namun polis tidak menemukan sebarang tanda-tanda pencerobohan,” kata kenyataan polis.

Terdahulu sekitar Mei 2022, pelakon filem The Man from Nowhere itu pernah ditangkap akibat memandu di bawah pengaruh alkohol selepas keretanya melanggar besi penghadang jalan dan sebuah transformer sekali gus didenda sebanyak 20 juta won (RM54,000).

Artikel lain: Pemain Kebangsaan Greece Ditemukan Tidak Bernyawa Dalam Kolam Renang

Kim Sae-ron Ditemukan Meninggal Dunia

Untuk rekod, Kim memulakan karier lakonannya sebagai pelakon kanak-kanak pada tahun 2009 sebelum makin dikenali menerusi filem The Man from Nowhere (2010) dan The Neighbor (2012).

Projek terakhir yang ditayangkan adalah drama bersiri Netflix Bloodhounds pada tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Korean Herald

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd