Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua Pemuda UMNO Desak Siasat Penjualan Sandwic Ham Ada Unsur Khinzir Di KK Mart UM

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa pihak polis dan agensi berkaitan menjalankan siasatan terhadap penjualan produk makanan Sandwic Ham yang didakwa mengandungi unsur khinzir yang diragui status halalnya di kedai serbaneka KK Mart dalam Universiti Malaya (UM).

 Sandwic Ham ada unsur khinzir?

 Sandwic Ham

Foto: Facebook Akmal Saleh

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok, Akmal yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka mempersoalkan penggunaan logo halal pada bungkusan produk tersebut.

 Sandwic Ham

“Pada Jumaat lalu, mahasiswa UM membuat satu laporan polis susulan kedai serbaneka itu menjual sandwic yang namanya ‘ham and cheese.
“Ham itu ada unsur khinzir, dalam (ham) itu ada daging babi dan sandwic ‘ham and cheese’ dijual dalam UM, yang kebanyakannya orang Melayu ada di situ.
“Kita terima jika ia dijual untuk orang Cina, India atau bukan Melayu, tetapi mengapa ada logo halal tertera di belakang (bungkusan) itu.
“Jika sandwic ‘ham and cheese’ pun dapat logo halal, apakah jaminan keselamatan bagi produk halal lain yang dijual di situ.
“Sebelum ini, kedai serbaneka ini turut mengguris hati (umat Islam) berhubung isu penjualan stoking ada kalimah Allah, kali ini isu ‘ham and cheese’ dapat logo halal dan dijual dalam UM secara terbuka,” katanya pada Ahad.

Artikel lain: Akmal Saleh Minta Adam Adli Bezakan Maksud Persoalan Dan Pertikaian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Akmal menegaskan kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku dan meminta pihak berkaitan berhenti mempersendakan agama Islam.

Terdahulu, pihak UM telah mengambil tindakan segera dengan menutup serta-merta dua premis kedai serbaneka dalam kampus tersebut susulan dakwaan keraguan status halal terhadap produk pek sandwich.

Universiti itu melalui kenyataan media memaklumkan penutupan tersebut bertujuan memberi ruang untuk siasatan dilaksanakan tanpa sebarang gangguan.

Sumber: TikTok Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Nasional

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikuti kemasukan awal ke Tahun Satu pada usia enam tahun (5+) bagi sesi 2027 dijangka menamatkan pendidikan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd