Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ketua Balai Mengaku Tidak Bersalah Dakwaan Curi RM300,000 Dan Beg Mewah Prada

Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Inspektor Azlan Sudin, 45, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas dua pertuduhan berasingan, iaitu mencuri wang tunai RM300,000 bersama sebuah beg jenama Prada serta gagal menangkap seorang individu yang terbabit dalam jenayah.

Ketua Balai mengaku tidak bersalah

Ketua Balai

Foto hiasan: Carian Google

Pertuduhan pertama: Kes kecurian

Menurut laporan Harian Metro, dia didakwa mencuri wang tunai dan beg milik seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah kondominium di Bukit Jalil pada 21 Februari lalu, bersama seorang lagi individu yang masih bebas.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan, tertuduh dibenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin selain mahkamah menetapkan 21 Mei untuk sebutan semula kes.

Pertuduhan kedua: Gagal tangkap suspek jenayah

Dalam kes berasingan, Azlan juga menghadapi pertuduhan kerana gagal menangkap seorang lelaki berusia 35 tahun yang terbabit dalam kesalahan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Curi Duit Di Kenduri Kahwin, Wanita Ada 10 Rekod Jenayah Direman

Kesalahan ini berlaku di lobi Balai Polis Bukit Jalil pada hari yang sama, antara jam 6.50 petang hingga 7 petang.

Didakwa di bawah Seksyen 221(c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda jika disabitkan kesalahan.

Ketua Balai

Foto: Sinar Harian

Majistret Noorelynna Hanim Halim membenarkan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Mei sebagai tarikh sebutan kes.

Timbalan Pendakwa Raya memohon jumlah jaminan yang lebih tinggi, namun peguam bela Huang Yee Ching, merayu agar jumlah dikurangkan atas faktor bahawa anak guamnya telah memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tertuduh telah berkhidmat selama 25 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta mempunyai tanggungan keluarga dengan pendapatan RM4,000 sebulan.

Mahkamah mempertimbangkan rayuan tersebut dan membenarkan jaminan dengan jumlah minimum sebelum menetapkan tarikh perbicaraan bagi kedua-dua kes.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd