Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pukul OKU Mental: Individu Keenam Direman Tiga Hari

Seorang lagi lelaki yang merupakan individu keenam direman tiga hari selepas dipercayai terlibat dalam kes pukul lelaki kurang upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Kemaman, Jumaat lalu.

Menurut laporan Kosmo! Online, perintah reman terhadap lelaki berusia 35 tahun itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Individu keenam ditahan polis kes pukul OKU Mental

Kes Pukul OKU Mental

Foto: Utusan Malaysia

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, suspek ditahan sewaktu memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman di sini pada pukul 1.50 tengah hari semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia telah direman selama tiga hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
“Seorang lagi suspek berusia 32 tahun pula disambung reman dua hari lagi sehingga hari ini bagi membantu siasatan kes sama,” katanya.

Tambah Wan Muhammad lagi, setakat ini, enam lelaki berusia dalam lingkungan antara 18 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan kes yang mendapat perhatian ramai tersebut.

Kes Pukul OKU Mental

Foto: Carian Google

Artikel lain: Seorang Lagi Ditahan Kes Pukul OKU Mental Di Pasar Tani

Terdahulu, seorang lelaki OKU kategori mental telah dipukul di hadapan orang ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, pada Jumaat lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca apabila mangsa yang menunggang motosikal telah memasuki tapak jualan pasar tani lalu terlanggar sebuah gerai menyebabkan barangan jualan di gerai tersebut terjatuh.

Susulan itu, beberapa individu yang berada di lokasi tersebut dipercayai telah telah bertindak memukul mangsa.

Insiden mangsa dipukul menarik perhatian ramai setelah rakaman video berdurasi seminit 52 saat mengenai kejadian itu tular di media sosial sejak tengah hari Jumaat.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengumumkan pelantikan empat jawatan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri sebagai Ketua Staf...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, kisah dua pelajar dari Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu, Tumpat, Kelantan mengikat kasutnya menggunakan getah telah mengundang rasa...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd