Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Profesor Kongsi Gambar Tidak Senonoh, Empat Individu Berucap Di UM Dipanggil Polis

Susulan kes seorang profesor didakwa kongsi gambar tidak senonoh dengan pelajar, polis telah memanggil empat individu yang berucap pada sidang akhbar baru-baru ini di Universiti Malaya (UM) berhubung isu berkenaan yang tular pada Disember tahun lalu.

Kelab Feminisme Universiti Malaya (UMFC) menyatakan kebimbangan mereka terhadap tindakan pihak berkuasa yang dilihat cuba menanggapi perhimpunan yang membangkitkan isu profesor tersebut.

Mereka juga melahirkan rasa terkejut apabila sejumlah besar anggota polis bersenjata hadir semasa sidang akhbar itu diadakan di UM.

Kes profesor didakwa kongsi gambar bogel, polis panggil empat individu berucap di UM

Pensyarah Didakwa Kongsi Gambar

Foto: Instagram @feminismclub_um

Advertisement. Scroll to continue reading.
“UMFC menegaskan bahawa menekan mereka yang membangkitkan isu ini tidak akan menyelesaikan masalah pokok, malah mungkin menghalang mangsa daripada membuat laporan polis terhadap profesor tersebut.
“Lebih membimbangkan, amalan pihak polis menjadikan mangsa kurang berani untuk melaporkan profesor yang melakukan gangguan seksual.
“Jika organisasi dan individu yang menyokong mangsa gangguan seksual boleh dipanggil hari ini, bagaimana mereka boleh percaya bahawa pihak polis tidak akan menyalahgunakan undang-undang dan kuasa terhadap mereka,” tulis UMFC menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

Foto: Malaysiakini

Menurut UMFC lagi, empat individu tersebut telah dipanggil polis untuk soal siasat di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

Salah seorang daripada mereka turut memberikan kenyataan minggu lalu manakala tiga lagi, termasuk presidennya Chin Jes Weng dijadualkan untuk disoal siasat pada pagi Sabtu.

Pensyarah Didakwa Kongsi Gambar

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tiga individu lain yang disiasat ialah jurucakap lulusan sarjana kajian jantina UM, S Indramalar, Wong Xiao You dari Universiti Tunku Abdul Rahman dan ahli exco Persatuan Staf Akademik UM Aznijar Yazid.

Artikel lain: Profesor UM Didakwa Hantar Gambar Bogel Kepada Pelajar

UM telah mengenakan tindakan tahan kerja terhadap profesor institusi pengajian awam itu yang didakwa menghantar mesej gambar tidak senonoh kepada pelajar.

Profesor berkenaan telah digantung tugas selaras dengan Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysiakini, Instagram @feminismclub_um

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd