Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pemalsuan Dokumen Tuntutan Palsu, Anak Menteri Besar Dicekup SPRM

Anak lelaki kepada seorang Menteri Besar telah dicekup oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan palsu.

Utusan Malaysia melaporkan, tertuduh telah ditahan reman selama dua hari untuk membantu siasatan pihak berkuasa berkenaan kes pemalsuan dokumen dengan jumlah tuntutan palsu sebanyak RM 600,000.

Foto: Utusan Malaysia

Selain itu, Pegawai Kanan pejabat Menteri Besar bersama empat individu lain turut ditahan untuk membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah anggaran keseluruhan projek berkenaan adalah bernilai RM600,000 bermula dari tahun 2022 sehingga kini melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan,” katanya.

Difahamkan, kesemua suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 37 tahun itu dikatakan telah ditahan di Perlis pada jam 7 hingga 8 pagi semalam dan disiasat di bawah Seksyen  18 Akta SPRM 2009.

Sumber berkata, siasatan tertumpu kepada tuduhan pemalsuan dokumen yang digunakan untuk membuat tuntutan tidak berasas, sedangkan pekerjaan sepatutnya tidak dilaksanakan.

“Empat daripada suspek yang ditahan itu merupakan kontraktor manakala dua lagi adalah penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” ujarnya.

Ujarnya lagi, dua daripada suspek merupakan penjawat awam di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri manakala empat lagi bekerja sebagai kontraktor.

Foto: SPRM

Walau bagaimanapun, permohonan reman SPRM yang diluluskan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor telah dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat SPRM Putrajaya, Chin Ching Yuen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Peguam yang mewakili keenam suspek, Mohd Fadhly Yaacob menyatakan bahawa permohonan reman selama tujuh hari telah dibantah oleh pihaknya sebelum ini kerana menyifatkan anak guamnya telah memberi kerjasama dengan baik.

Susulan itu, tempoh reman selama dua hari terhadap kesemua tertuduh telah ditetapkan oleh pihak mahkamah  bermula hari ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Asyraf Muhammad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd