Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Pelajar KV Maut: 107 Kesan Kecederaan Akibat Trauma Benda Tumpul

Seorang pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Tinggi Tawau semalam bahawa terdapat 107 kecederaan ditemukan pada mayat pelajar Kolej Vokasional (KV) Lahad Datu, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul.

Saksi kelima pendakwaan Dr Dzureena Abdul Multalib, 39, berkata, berdasarkan pemeriksaan beliau pada tubuh mangsa, kecederaan itu terdiri daripada 102 kesan lebam dan lima luka melecet.

MYNEWSHUB on X: "Duit hilang dipercayai punca Mohammad Nazmie Aizzat dibelasah hingga mati Lahad Datu: Perselisihan faham kerana wang berjumlah RM35 dan RM50 hilang dipercayai punca seorang pelajar mati dipukul oleh rakan

Foto: X @mynewshub

Beliau berkata demikian pada perbicaraan kes 13 pelajar berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun yang didakwa membunuh mangsa, 17, di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian di kolej berkenaan antara 9 malam 21 Mac dan 7.38 pagi 22 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak lebih 12 kali jika sabit kesalahan.

Warden temui pelajar vokasional maut dipukul di asrama, 13 ditahan bantu siasatan

Foto: Carian Google

Menerusi pernyataan saksinya, Dr Dzureena juga berkata berdasarkan penemuan susulan bedah siasat, punca kematian Mohamad Nazmie Aizzat dirumuskan sebagai kecederaan pada bahagian dada dan tisu lembut akibat trauma benda tumpul.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nisla Abd Latif mengajukan soalan, sama ada kesemua kecederaan boleh menyebabkan kematian, Dr Dzureena mengakui perkara itu dan memaklumkan mahkamah bahawa terdapat kecederaan yang menunjukkan tindakan mangsa untuk mempertahankan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagaimana pula dengan perbuatan memukul atau menghayunkan tali kabel ke arah si mati, adakah ia dianggap sebagai trauma benda tumpul?
“Ya,” jawab Dr Dzureena.

Foto: Berita Harian

Dr Dzureena diminta mengulas lanjut mengenai apa yang dianggap sebagai trauma benda tumpul yang merujuk kepada kecederaan akibat terjatuh di atas permukaan yang keras, perbuatan menendang dan menumbuk serta impak pukulan benda tumpul atau gabungan kesemuanya.

“Berdasarkan kecederaan itu, pada pandangan anda, jika si mati dipukul dengan tali kabel, ditumbuk berulang kali di seluruh badannya, ditendang pada bahagian pinggang, perut dan belakang, kepalanya dipijak serta ditolak ke loker besi, perbuatan mana yang mungkin menyebabkan kematian mangsa?
“Semua perkara yang disebutkan terutama gabungan kecederaan pada bahagian dada dan tisu lembut telah menyebabkan kematian mangsa,” jelasnya lagi.

Foto: Bernama

Suasana prosiding bertukar suram apabila saksi keempat pendakwaan, iaitu Siti Hamidah Jumari, 45, yang juga ibu mangsa tidak dapat menahan perasaan dan menangis ketika diminta mengenal pasti gambar arwah anaknya oleh Nur Nisla.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Nisla dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Ng Juhn Tao dan Nur Batrisyia Mohd Khusri.

Lapan tertuduh diwakili peguam Datuk Ram Singh, Kamaruddin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi diwakili oleh Mohamad Zairi Zainal Abidin, Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhassany P Kang dan Kusni Ambotuwo.

Sumber: Harian Metro (Abdul Rahemang Taiming)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd