Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kes Curi Kabel, Lima Anggota Polis Ditahan Dipercayai Jadi Dalang Utama

Anggota polis curi kabel

Lima anggota polis ditahan setelah dipercayai menjadi dalang utama memberikan maklumat dalam melakukan kegiatan jenayah mencuri kabel oleh satu sindiket aktif di Kuala Lumpur dan Selangor bersama 11 individu lain.

Lima anggota polis curi kabel

Anggota polis curi kabel

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memberitahu, suspek merupakan anggota bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kelima-lima anggota akan direman sehingga Selasa setelah ditahan menerusi tangkapan susulan pada 22 Mei antara jam 7 hingga 9 malam di Cheras dan Kajang.

Dalam pada itu, Hussein memaklumkan dua daripada anggota polis yang terlibat berpangkat Sarjan, manakala tiga lagi berpangkat Koperal.

“Selain lima penjawat awam ini, sindiket tersebut turut mendapat ‘kerjasama’ daripada orang dalam, iaitu masing-masing seorang pegawai teknikal dan seorang pengawal keselamatan daripada sebuah syarikat yang dilantik oleh Telekom Malaysia (TM).
“Kumpulan sindiket ini mendapat tunjuk ajar daripada dua kakitangan berkenaan bagi memotong kabel dan mengelakkan siren amaran daripada berbunyi,” kata Hussein pada Selasa.

Anggota polis curi kabel

Bukan itu sahaja, beliau memberitau sindiket itu dikatakan sudah aktif sejak setahun lalu diketuai oleh dua individu perancang utama masing-masing mempunyai 36 dan 29 rekod kes jenayah termasuk kes berkaitan dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, hasil siasatan awal terdapat 23 transaksi telah dikesan melibatkan penjaualan kabel curi di beberapa kedai barang lusuh sekitar Semenyih.

“Kita percaya sindiket ini telah terlibat dalam lebih daripada 23 kes kecurian.
“Anggaran hasil jualan kabel curi yang diperoleh sindiket ini mencecah RM682,183,” tambahnya lagi.

Artikel lain: Polis Gagalkan Cubaan Curi Kabel, Salah Seorang Maut Tergelincir Jatuh Ke Tingkat 4

Untuk rekod, kes kecurian melibatkan kabel milik TM dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kuala Lumpur dan Selangor merupakan satu pertiga daripada jumlah keseluruhan kes di seluruh negara. Statistik kecurian kabel mencatatkan 208 kes bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Sumber: Sinar Harian (Mohamad Hisyamuddin Ayub)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kadang kita lupa, kata-kata kecil boleh meninggalkan kesan besar. Semalam, satu isu tular di media sosial membabitkan seorang ‘live host’ Tiktok yang bekerja dengan...

Lokal

Kisah tular membabitkan Safiudeen Pakkeer Mohamed, (lelaki yang disiram depan bank) akhirnya menemui titik penyelesaian apabila lelaki berusia 39 tahun itu bakal pulang ke...

Sosial

Tindakan usahawan popular, Jofliam berkongsi aksi membiarkan dua orang anaknya iaitu Han dan Yuki menghasilkan contengan lukisan pada kotak piza milik pelanggan mencetuskan kemarahan...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd