Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kerugian Babit RM4.3 Juta, Ms Puiyi Failkan Saman Terhadap Bekas Rakan Kongsi

Pempengaruh media sosial, Siew Pui Yi mengambil tindakan saman terhadap bekas rakan kongsi setelah didakwa mengalami kerugian sebanyak RM4.3 juta.

Free Malaysia Today melaporkan, Ms Puiyi telah menggesa pengarah sebuah syarikat yang dikenali sebagai ‘Mentos’ untuk menyelesaikan bayaran cukai tertunggak syarikat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tahun lalu.

Foto: FMT

Difahamkan, lelaki yang berusia 29 tahun itu menyeleweng wang dari syarikat PY Empire Sdn Bhd pada Jun 2022 sekali gus melarikan diri sebelum menyelesaikan tunggakan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Puiyi berkata, lelaki yang didakwa itu merupakan kawannya dari tahun 2019 serta disifatkan sebagai individu berintegriti tinggi.

Jelasnya, dia mengalami kerugian setelah memberikan wang hampir RM4.3 juta kepada pengarah berkenaan memandangkan lelaki tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengurus hal ehwal sumber manusia serta melabur di syarikatnya.

Foto: IG Ms Puiyi

“Dia menguruskan hal ehwal sumber manusia dan melaburkan dana syarikat saya.
“Saya mempercayainya dan memberinya wang (hampir RM4.3 juta). Tetapi dia tidak menyelesaikan cukai tertunggak seperti diarahkan. Akibat tindakan itu, saya mengalami kerugian,” katanya.

Peguam kepada model itu, K Mahendran berkata, meskipun laporan polis telah dibuat pada Oktober tahun lalu, namun masih tiada sebarang perkembangan tentang isu berkenaan.

Bagi menuntut semula RM2.3 juta serta kos dan ganti rugi lain yang ditetapkan oleh mahkamah, pihak Puiyi telah memfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today (Predeep Nambiar)

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Sosial

Seorang bapa berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya dikenali sebagai Raisha Falisha hampir menjadi mangsa culik dalam satu kejadian yang berlaku di Taman Bakawali,...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd