Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kerjasama Dengan Tesla Pacu Malaysia Sebagai Hab Utama Teknologi Hijau – Tengku Zafrul

Kerjasama bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV), Tesla dijangka dapat memacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau di rantau ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi perbincangan bersama delegasi Tesla Malaysia yang berlangsung pada Khamis, beliau berkata syarikat tersebut menekankan sokongan terhadap ekosistem tempatan dengan melibatkan sembilan syarikat Malaysia dalam pembangunan infrastruktur pengecasan EV.

Kerjasama dengan Tesla pacu Malaysia sebagai hab utama teknologi hijau

kerjasama tesla malaysia

Dalam pada itu, Tesla juga menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi tempatan untuk pemindahan ilmu dan pembangunan modal insan.

Artikel lain: Dana Celik Kewangan Belia MADANI Diperkenal, Peruntuk RM50 Juta Untuk Sejuta Pelajar IPTA

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Semoga usaha bersama ini terus berkembang, membawa manfaat besar kepada ekonomi, teknologi dan tenaga lestari negara kita,” katanya dalam satu hantaran menerusi akaun Facebook miliknya.

Sementara itu, Tengku Zafrul memaklumkan perbincangan yang berlangsung pada Khamis itu memberi fokus kepada kemajuan dan pelaksanaan Skim AP Peneraju Global Battery Elevtric Vehicle (BEV).

kerjasama tesla malaysia

Menurutnya, sehingga akhir Julai 2024, Tesla telah berjaya memasang 52 unit pengecas Supercharger dengan kapasiti 250kW, 54 unit pengecas Wall Connector AC dan lebih 4,500 unit pengecas rumah di Semenanjung Malaysia.

“Dengan pelaburan yang mencecah USD13.5 juta (RM59.1 juta), Tesla menunjukkan komitmen yang kukuh terhadap pembangunan infrastruktur pengecasan EV di negara kita,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata mereka turut berbincang mengenai potensi besar teknologi penyimpanan tenaga bateri yang dijangka dapat menyumbang kepada peningkatakn kecekapan tenaga dan kestabilan grid elektrik Malaysia.

kerjasama tesla malaysia

“Teknologi ini berpotensi untuk mengurangkan kos tenaga dan memperkukuhkan infrastruktur tenaga nasional kita,” katanya.

Sumber: Facebook Tengku Zafrul

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd