Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kerajaan Australia Gubal Undang-Undang Baharu, Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Pada Mangsa Scam

Kerajaan Persekutuan Australia akan gubal undang-undang baharu bagi memaksa bank-bank di negara itu untuk membayar ganti rugi kepada pelanggan mereka yang kehilangan wang akibat penipuan.

Memetik laporan The Guardian, Kerajaan Persekutuan mendakwa bank di negara itu tidak mengambil langkah yang ketat untuk mencegah orang ramai daripada ditipu.

Australia gubal undang-undang baharu bantu bayar ganti rugi pada mangsa scam

Australia Gubal Undang-Undang Baharu

Penolong Bendahari, Stephen Jones berkata tindakan tegas kerajaan terhadap penipu atau ‘scammer’ telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Menurut Jones, pihak korporat atau platform yang memudahkan scammer dan memungkinkan transaksi kewangan perlu memberikan usaha lebih untuk menghentikan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Jones juga berkata undang-undang sahaja tidak cukup untuk membantu mangsa mendapatkan kembali wang mereka.

Katanya, pelanggan bank terpedaya menyerahkan wang mereka menerusi bank dan pemindahan itu sendiri tidak menyalahi undang-undang.

Australia Gubal Undang-Undang Baharu

“Penipuan yang dilakukan menerusi bank adalah transaksi yang sah kerana ia dilakukan mangsa sendiri, dalam keadaan ditipu. Oleh itu, undang-undang tidak terpakai dalam kes ini,” kata Jones ketika ditemui National Press Club pada Rabu.

Pada masa yang sama, Jones juga berkata pihak kerajaan akan menangani perkara tersebut untuk memastikan mangsa boleh menerima pampasan.

Artikel lain: Seorang Dilapor Maut, 140 Lagi Jatuh Sakit Keracunan Belut Panggang

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pampasan untuk tidak bertindak, untuk kecuaian dan untuk kegagalan memenuhi kewajipan adalah sebahagian daripada rangka kerja kami,” ujarnya.

Data kerajaan menunjukkan jumlah kerugian yang dialami rakyat Australia  disebabkan scammer berkurangan berbanding dua tahun lalu, namun penipuan di media sosial pula semakin buruk.

“Kerugian penipuan yang berasal dari media sosial meningkat 17% pada 2023. Laporan penipuan meningkat 31% dan syarikat media sosial lambat bertindak,” kongsinya.

Australia Gubal Undang-Undang Baharu

Sementara itu, Jones menjelaskan fasa pertama dalam langkah anti-penipuan kerajaan telah membantu mengurangkan kerugian sebanyak 13% tahun lalu daripada $3 bilion (RM13 bilion) pada 2022.

Jones berjanji pihaknya akan memaksa syarikat mengambil tindakan pencegahan lebih banyak, dan menyifatkan syarikat dan platform yang membenarkan penipuan ini berlaku sebagai ‘menyinggung’.

“Platform digital mempunyai tanggungjawab moral untuk menyertai perjuangan sebagai sebahagian daripada lesen sosial mereka.
“Ini adlaah korporat bernilai trilion dolar. Mereka mampu melabur dalam menjaga keselamatan pengguna. Sudah tiba masanya mereka berpihak kepada pengguna,” ujarnya.

Jones menjangkakan fasa kedua langkah anti-penipuan itu akan melibatkan penalti untuk bank, syarikat telekomunikasi dan platform digital yang tidak memperkenalkan pemeriksaan pencegahan di bawah kod mandatori baru yang disesuaikan untuk setiap sektor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagi bank, ini termasuk kawalan yang lebih ketat ke atas pemindahan bank dan kewajipan untuk mengenap pasti dan menutup akaun ‘keldai’.

“Jika terdapat pelanggaran kod, bank, syarikat telekomunikasi atau platform digital akan dipertanggungjawabkan. Jika mereka terlepas pandang, mereka akan bertanggungjawab untuk memberi pampasan kepada mangsa,” katanya.

Sumber: The Guardian

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17...

Lokal

Suasana di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu hari ini menjadi tumpuan apabila prosiding pertuduhan lima remaja di Mahkamah Kanak-Kanak berlangsung susulan kes kematian Allahyarhamah Zara...

Sosial

Seorang pempengaruh terkenal dengan lebih 700,000 pengikut baru-baru ini menjadi tumpuan kritikan selepas menggelarkan anak perempuannya, Rania, sebagai ‘mini wife’. Meninjau di platform Threads,...

Sosial

Gong Badak kembali menjadi tumpuan apabila perhimpunan permotoran RXZ Member edisi ketujuh berlangsung hari ini hingga Sabtu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat Yamaha RXZ...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd