Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kenapa Takut Sangat Dengan Penggunaan BM Di Satu Kelas Sahaja? – Akmal Saleh

Pemuda UMNO mempersoal tindakan Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di 11 Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Menengah Cina (SMC) di Pulau Pinang berkenaan penggunaan Bahasa Melayu dalam satu kelas.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ketua Pemuda UMNO iaitu Dr Akmal Saleh berkata Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan justeru tidak wajar untuk membantah pekeliling yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Akmal Saleh persoal kenapa takut dengan penggunaan BM di satu kelas sahaja

Penggunaan BM Akmal Saleh

Foto: Utusan Sarawak

“Kenapa takut sangat dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di satu kelas sahaja? Isu ini, kita kekal menyokong sepenuhnya polisi yang dilakukan oleh KPM. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan negara ini. Fullstop,” katanya.

Sebelum ini Lembaga Sekolah dan PIBG di 11 SMJK dan SMC membantah keras terhadap syarat yang dikenakan oleh KPM berhubung pelaksanaan Program Dwibahasa (DLP).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengikut ketetapan DLP, sesebuah sekolah yang menerima DLP dalam pembelajaran Matematik dan Sains perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu kelas untuk diajar dalam Bahasa Melayu.

Artikel lain: KPM Bakal Bertemu Lembaga Sekolah & PIBG SMJK, SMC Di Pulau Pinang – Fahmi Fadzil

Bagaimanapun, langkah tersebut dibantah oleh Lembaga Sekolah dan PIBG di SMJK dan SMC atas alasan ia boleh memberi kesan terhadap pembelajaran serta psikologi pelajar.

Bantah penggunaan BM, Akmal Saleh persoal tindakan Lembaga Sekolah dan PIBG

Penggunaan BM Akmal Saleh

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, mereka turut menggesa KPM mendengar bantahan, menghormati kehendak ibu bapa dan kembali kepada hasrat asal DLP.

Buat masa sekarang, subjek Sains dan Matematik masih diajar dalam bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Perkongsian seorang ibu berbangsa Cina di platform TikTok menjadi tular selepas menceritakan pengalaman menghantar anak lelakinya, dikenali sebagai Kangkang, belajar di Pusat Asuhan Tunas...

Sosial

Kisah kematian seorang gadis berusia 22 tahun akibat barah tulang di Hospital Sibu kini mencetuskan gelombang emosi dalam kalangan masyarakat. Ia selepas pendedahan mengejutkan...

Dunia

Tiga kampung di Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, kini termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara, lapor Kompas. Perkara itu dimaklumkan...

Lokal

Atlet Olimpik, Noraseela Khalid dilapor memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap  Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan kerajaan Selangor berhubung penguatkuasaan larangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd