Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kementerian Agama Indonesia Siasat Ajaran Ada 11 Rukun Islam, Ibadah Haji Hanya Di Gunung

Kementerian Agama Indonesia dilaporkan sedang menyiasat kontroversi ajaran sesat yang mendakwa terdapat 11 rukun Islam dan hanya melaksanakan ibadah haji dengan pergi ke Gunung Bawakaraeng.

Siasat ajaran ada 11 rukun Islam

Menurut laporan ANTARA Kalteng, ajaran tersebut dipanggil sebagai Tarekat Ana’ Loloa yang dipimpin oleh seorang wanita bernama Petta Bau, 56.

Pengarah Urusan Agama Islam dan Bina Syariah Kementerian Agama, Arsad Hidayat berkata, satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat ajaran yang didakwa mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan prinsip Islam itu.

11 rukun Islam

Foto: ANTARA Kalteng

“Ajaran ini tidak selari dengan akidah Islam dan boleh merosakkan pemahaman umat.
“Oleh itu, kami akan bekerjasama Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan pihak berkuasa untuk mengambil langkah mengkaji lebih lanjut dan memberikan panduan kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Difahamkan pada 5 Mac lalu, pasukan siasatan telah mengunjungi rumah Petta Bau di Desa Bontosomba untuk mengambil keterangan namun dia tiada berada di rumah kerana dilaporkan keluar berniaga.

Artikel lanjut: Selangor Fatwakan GISBH Menyeleweng Daripada Ajaran Islam Sebenar

Advertisement. Scroll to continue reading.
Foto: Carian Google

11 rukun Islam

“Kami masih memantau keberadaannya untuk tindakan lanjut. Perkara ini berlaku dipercayai pemahaman agama mereka yang lemah,” ujar salah seorang anggota pegawai.

Justeru, usaha kolaboratif merentasi pelbagai sektor juga akan diperkukuhkan bagi memelihara keharmonian sosial serta ketahanan keagamaan dalam kalangan masyarakat.

Sumber: ANTARA Kalten

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Farah Fakhira Fakhrulruzi berkongsi detik paling bermakna dalam hidupnya apabila selamat melahirkan cahaya mata pertama selepas diuji dengan pemergian suami Zaidul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd