Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Keluarga Ingat Hanya Gurauan, Pempengaruh Permotoran Hilang Selepas Kereta Terjunam Dalam Sungai

Keluarga ingat hanya gurauan

Berita kehilangan seorang pempengaruh permotoran setelah didapati kenderaannya ditemui terjunam ke dalam Sungai Tui di Jalan Bukit Kepong disangka hanyalah satu gurauan oleh keluarga pada mulanya.

Keluarga ingat hanya gurauan

Keluarga ingat hanya gurauan

Foto: Siakap Keli

Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, dilaporkan hilang setelah kereta jenis Perodua Axia yang dinaikinya ditemui di dasar sungai namun mangsa tidak ditemukan dalam kenderaan tersebut semasa kerja-kerja menyelamat.

Adiknya, Tengku Abdul Aziz, 30, memaklumkan abangnya merupakan seorang yang suka bergurau dan membuat kejutan menyebabkan tidak menyangka bahawa kemalangan itu benar terjadi.

“Kami pada awalnya menyangka dia hanya bergurau seperti sebelum ini namun mulai risau apabila tidak dapat mengesannya dan lokasi kereta ditemui pula tidak jauh daripada tempat kami terakhir bertemu,” kata Tengku Abdul Aziz, hari ini.

Menurut Tengku Abdul Aziz, kali terakhir dia bertemu bersama abangnya kira-kira jam 2 petang semalam selepas mereka memutuskan untuk bergerak berasingan dari Johor Bahru ke Muar untuk urusan perniagaan.

“Kami bertolak dari Johor Bahru menaiki kenderaan berasingan atas urusan perniagaan. Saya ke tempat lain manakala abang memaklumkan mahu ke bengkel kawannya di Parit Jawa.
“Saya dimaklumkan oleh keluarga bahawa kali terakhir mereka berhubung dengannya adalah sekitar pukul 4 petang namun selepas itu dia gagal dihubungi sehingga malam,” ucapnya.
Keluarga ingat hanya gurauan

Foto: Majoriti

Tengku Abdul Aziz turut memberitahu dia dan kakak iparnya telah menghubungi pemilik bengkel namun dimaklumkan kehadiran abangnya masih tidak kelihatan pada hari kejadian.

Artikel lain: Tebing Terusan Sungai Korok Perlu Ditinggikan, Tanam Buluh Kurangkan Risiko Kemalangan – MB Kedah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh Penguasa Bomba Kanan I Nor Alfatah Omar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan kenderaan tersebut pada 3.22 petang.

Difahamkan, Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata usaha mencari mangsa giat dijalankan. Polis turut meminta saksi kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar bagi membantu siasatan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Nasional

Sarawak berjaya mengekalkan status sebagai negeri berpendapatan tinggi di Malaysia tiga tahun berturut-turut mengikut data terkini Pendapatan Negara Kasar (PNK) 2024 per kapita yang dikeluarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd