Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Hanya 93 Kes HIV Dikesan, Kelantan Nafi Tuduhan Negeri Paling Parah Gejala Songsang

Dakwaan bahawa Kelantan merupakan negeri paling terjejas akibat perlakuan songsang disangkal apabila data menunjukkan negeri itu merekodkan jumlah kes jangkitan HIV terendah di Malaysia bagi tahun 2023, dengan hanya 93 kes dilaporkan.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jelas menunjukkan bahawa negeri-negeri lain mencatatkan jumlah kes jauh lebih tinggi berbanding Kelantan.

kelantan

Foto: Utusan Malaysia

“Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,062 kes, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (357 kes), Sabah (320 kes), Pulau Pinang (256 kes) dan Sarawak (248 kes). Fakta ini secara langsung menolak tuduhan tidak berasas yang cuba menggambarkan seolah-olah Kelantan paling parah terjejas oleh gejala songsang,” katanya.

Artikel lain: Hampir 100 Lelaki Di Kelantan Sertai Pesta Hubungan Sejenis, Ratusan Kondom Ditemui

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berpegang kepada prinsip Membangun Bersama Islam dalam usaha melindungi masyarakat daripada kerosakan moral, termasuk melalui pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang digubal sebagai benteng undang-undang.

“Pendekatan ini bukan bertujuan menghukum secara membuta tuli, sebaliknya bertindak sebagai usaha berterusan untuk memelihara kesejahteraan masyarakat agar tidak hanyut dengan ideologi songsang yang datang dari luar,” ujarnya.

kelantan

Mohamed Fadzli turut menjelaskan bahawa statistik jangkitan HIV di Malaysia telah berubah secara ketara dalam tempoh lebih tiga dekad.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada tahun 1990, sebanyak 61 peratus kes berpunca daripada penggunaan dadah suntikan (IVDU). Namun pada 2024, majoriti jangkitan iaitu 64 peratus melibatkan hubungan sejenis, diikuti hubungan heteroseksual sebanyak 32 peratus, manakala IVDU kini hanya menyumbang tiga peratus,” jelasnya.

Katanya, perubahan pola ini menunjukkan perlunya pendekatan yang lebih menyeluruh dalam membendung penularan HIV, dan Kelantan akan terus komited memastikan dasar yang digariskan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.

Sumber: Utusan Malaysia (Yatimin Abdullah)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd