Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Enam Acara Dipertandingkan, Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2024 Cungkil Bakat Baharu

Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2024

Sebanyak enam acara dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bagi melahirkan bakat baharu untuk mewakili negara.

KBS dalam satu kenyataan memaklumkan kejohanan itu diadakan khusus untuk memperkasakan pembangunan sukan tempur, terutama di peringkat akar umbi.

Difahamkan kejohanan yang berlangsung dari 27 hingga 30 Jun ini merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).

Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2024

Kejohanan Sukan Tempur Peringkat Kebangsaan 2024

Penganjuran kejohanan itu adalah bagi memperkasakan pembangunan sukan dan seterusnya melahirkan bakat baharu untu mewakili negara di temasya sukan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, ia juga berupaya memperkukuhkan semangat perpaduan dan persefahaman antara persatuan sukan tempur, penggiat dan peminat sukan.

“Ia juga diadakan bagi menghimpunkan pemegang taruh sukan negara terutamanya dalam kalangan komuniti sukan tempur untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan pengetahuan dengan peserta dan pengunjung serta menarik minat masyarakat kepada sukan ini,”petik kenyataan.

Bukan itu sahaja, ia bagi memberi pendedahan buat peserta dan para pengunjung mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.

Ini termasuk memupuk disiplin yang tinggi menerusi penglibatan dalam sukan tempur.

Antara acara yang dipertandingkan adalah taekwondo, silat olahraga, silambam, muay, wushu dan tinju.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penganjuran kejohanan ini menyumbang kepada pemerkasaan pembangunan sukan untuk semua seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Visi Sukan Negara 2030,”katanya lagi.

Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh turut hadir menyempurnakan majlis pembukaan bertempat di Dewan Bankuet UPM, Serdang, Selangor, hari ini.

Turut hadir bersama Ketua Setiausaha KBS, YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) JBSN, YBrs. Encik Abd Aziz Abd Rahman.

Artikel lain: Pakaian Diperkenalkan Tidak Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik Paris 2024 – Hannah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd