Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kedai Serbaneka Tular, Tutup Bila Hari Kiamat Tetapi Masih Buka Setengah Hari

Tular di media sosial seluruh Indonesia mengenai sebuah kedai serbaneka 24 jam  apabila mempamerkan papan iklan bertulis ‘Madura Mart, Tutup Bila Sudah Kiamat, Tetapi Masih Dibuka Setengah hari’.

Foto: X @IanSalim

Memetik artikel portal Pemilu, kedai yang terletak di wilayah Pamulang, Tangerang Selatan itu dikatakan sudah beroperasi sejak tahun 2020 dan turut menjual makanan ringan serta beberapa barangan keperluan lain.

Pemilik Madura Mart, Husein Jafar Hadar mesra disapa Habib Jafar berkata, papan iklan yang ditulisnya itu sebenarnya memberi maksud bahawa kedainya sentiasa dibuka selama 24 jam dan tidak akan ditutup sekiranya tiada berlaku hal kecemasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@huseinjafar

Maduramart tak gentar sampai setengah hari menjelang Kiamat ‘pun. 🤣 || Yuk biasakan sebisa mungkin belanja di toko kelontong dekat rumah untuk bersama membangun ekonomi berbasis UMKM.

♬ suara asli – Husein Ja’far – Husein Ja’far

“Ya ia akan dibuka 24 jam dan apabila kiamat berlaku ia turut dibuka setengah hari. Mana tahu masih ada orang masih kelaparan,” kata Husein sambil ketawa.

Husein turut memberitahu dirinya cuba mencipta kelainan untuk menarik perhatian orang ramai, namun dia tidak menyangka kedainya akan menjadi tular seluruh Indonesia.

Bagaimanapun, selepas papan tanda itu viral, ramai netizen komen-komen lucu dan ada pula menyifatkan kedai ini mampu bersaing dengan kedai lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Portal Pemilu, TikTok @huseinjafar

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd