Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kebebasan Bersuara: UKM Tak Halang, Galak Warga Hujah Dengan Fakta Dan Ilmu

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tidak menghalang kebebasan bersuara seluruh warganya dalam memberi kenyataan sama ada secara lisan atau bertulis termasuk di media sosial.

Foto: UKM

Menerusi satu kenyataan, Pusat Komunikasi Korporat UKM memaklumkan, pihaknya meraikan sebarang perbezaan pendapat yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara bangsa.

“Etika dan kematangan mengemukakan pandangan dan hujah harus diamalkan melalui tatacara berkomunikasi yang baik, menegur dan mengkritik secara berhemah
“Dimana setiap pandangan perlu disokong dengan fakta serta lingkungan disiplin keilmuan dan kepakaran,” katanya pada Khamis.

Difahamkan, kenyataan itu dibuat susulan bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mendakwa menerima keluhan warga akademik UKM berhubung arahan agar pegawai awam tidak boleh mengeluarkan kenyataan termasuk di media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Menerusi satu hantaran di laman X pada Rabu, Dr Maszlee memuat naik lampiran surat pekeliling bertarikh 8 Oktober dikeluarkan Jabatan Pendaftar UKM kepada seluruh warga akademik dan kakitangannya.

Foto: X Maszlee Malik

Surat pekeliling itu mengingatkan pegawai badan berkanun tidak boleh secara lisan atau membuat penyataan awam tentang apa-apa keputusan dan isu yang boleh memburukkan dasar nama badan berkanun atau kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, UKM berkata sebagai institusi yang menyanjung tinggi intelektual awam, pihaknya sentiasa konsisten dalam menggalakkan warganya untuk bersuara berteraskan kepada tradisi ilmu dan peranannya sebagai Universiti Watan.

“Kenyataan awam yang berbentuk konstruktif amat digalakkan sebagai wadah ilmu dan disiplin keilmuan yang menjadi pemangkin perbincangan ilmiah dalam kalangan warga UKM,” ujarnya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd