Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kebakaran Hutan Los Angeles: PM Anwar Ucap Takziah

Kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan kawasan California Selatan, Amerika Syarikat dikenali sebagai tragedi ‘Palisades Fire’ telah mendapat perhatian semua masyarakat di seluruh dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahi  turut mengucapkan takziah kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan berkenaan telah meragut nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan ramai keluarga menerusi akaun Facebook rasminya, semalam.

Anwar Ucap Takziah Kes Kebakaran Hutan Dahsyat  Di Los Angeles

 Anwar Ucap Takziah : Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia berdiri dalam solidariti dengan rakyat dan kerajaan Amerika Syarikat pada masa yang sukar ini.
“Ingatan dan doa rakyat Malaysia ditujukan kepada komuniti yang terkesan akibat bencana itu serta pasukan perkhidmatan kecemasan yang berani bertungkus lumus melawan kebakaran,” tulisnya pada Khamis.

Foto: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, lima orang dilaporkan terbunuh manakala sejumlah lagi cedera dalam bencana yang dianggap sebagai ‘kebakaran hutan paling memusnahkan dalam sejarah bandar raya Los Angeles.

Difahamkan juga bahawa kawasan tragedi berkenaan merupakan kawasan tanah yang mewah didiami oleh selebriti ternama Hollywood serta golongan elit.

Foto: X @mhdksafa

Artikel lain: Hutan Terbakar Los Angeles: Rumah Selebriti Popular Turut Dilaporkan Terbakar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dilaporkan beberapa kediaman selebriti yang terkesan dengan kebakaran berkenaan termasuk Ben Affleck, Tom Hanks, Reese Witherspoon, Michael Keaton, Adam Sandler, Miles Teller, serta Eugene Levy.

Api yang marak di Pacific Palisades melenyapkan sekitar 6,500 hektar dengan memusnahkan lebih 1,000 kediaman dan premis perniagaan.

Malahan, Pacific Fire dianggarkan menjadi salah satu kebakaran paling merugikan dalam rekod, AccuWeather berkata, pihaknya menganggarkan sehingga AS$57 bilion (RM256.78 bilion) kerugian dalam bencana itu.

Sumber: Kosmo! Online, Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd