Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Kebakaran Hutan Di Barat Kanada, 6,000 Penduduk Diarah Berpindah

Kira-kira 6,000 orang penduduk di empat kawasan pinggir bandar diarah supaya berpindah ke kawasan selamat berikutan kebakaran besar yang semakin menghampiri bandar minyak persisiran pantai Fort McMurray, Kanada.

Menurut satu laporan Buletin TV3, pihak berkuasa tempatan berkata, kebakaran yang bermula sejak minggu lalu itu mengancam bandar Fort McMurray di wilayah barat Alberta susulan keadaan kering dan angin kencang.

Foto: REUTERS

“Penduduk di pinggir bandar Abasand, Beacon Hill, Prairie Creek dan Grayling diarah meninggalkan kawasan itu selewat-lewatnya pada 4 petang ini (2200 GMT),” katanya.

Sementara itu, pegawai informasi kebakaran hutan Alberta, Josee St-Onge pula berkata, kebakaran semakin meningkat dengan ketara berikutan tiupan angin kencang dari barat daya hingga mencapai tahap hingga 40 km/jam semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami melihat corak kebakaran yang melampau. Jalur asap sedang berkembang dan langit diselubungi asap. Anggota bomba sudah ditarik keluar dari barisan api atas sebab keselamatan,” ujarnya.

Beliau juga berkata, lebih 10,000 hektar kawasan hutan telah terbakar manakala laporan terakhir menunjukkan bahawa api berada kira-kira 13 kilometer (km) ke barat daya Alberta.

Terdahulu, insiden kebakaran besar pernah terjadi di Fort McMurray yang memaksa 90,000 penduduk terpaksa dipindahkan sekali gus menutup lebih sejuta tong pengeluaran minyak sehari pada 2016.

Foto: REUTERS

Ketua bomba wilayah, Jody Butz berkata kebakaran kali ini sangat berbeza dari tahun 2016, bagaimanapun bandar tersebut mempunyai 250 hingga 300 anggota bomba yang bersedia untuk membantu melindungi struktur di kawasan berhampiran.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami mempunyai banyak sumber dan kami berada pada kedudukan yang baik untuk bertindak balas terhadap situasi ini,” katanya.

Untuk makluman, Fort McMurray merupakan hab bagi industri minyak Kanada yang menghasilkan kira-kira 3.3 juta dalam tong sehari, iaitu dua pertiga daripada jumlah pengeluaran di negara itu.

Sumber: Buletin TV3

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd