Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KD Pendekar Berjaya Diapungkan Semula, Punca Tenggelam Masih Dalam Siasatan – TLDM

Kapal Diraja (KD) Pendekar milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tenggelam pada 25  Ogos lepas kerana mengalami kebocoran dan kebanjiran besar berjaya diapungkan semula pada Sabtu.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, TLDM memaklumkan bahawa kapal tersebut berjaya diapungkan pada pukul 4.38 petang dan ia sedang menjalani pembaikan awal sebelum diserahkan kembali kepada mereka.

KD Pendekar berjaya diapungkan semula

KD Pendekar Berjaya Diapungkan Semula

Dalam pada itu, TLDM juga memaklumkan operasi salvaj KD Pendekar berjaya diselesaikan walaupun operasi tersebut terpaksa menghadapi beberapa cabaran.

Pada masa yang sama, TLDM juga mengesahkan lokasi kapal tersebut karam adalah selamat dan tiada tinggalan peluru atau bahan letupan yang boleh mengancam keselamatan komuniti maritimi, khususnya yang sering menggunakan perairan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mas Ermieyati Persoal Kunjungan Kadet Tentera Laut China – “Bukan Pelajar Seperti Dinyatakan Fadhlina”

“Masa hadapan kapal yang berusia lebih 45 tahun tersebut akan diputuskan bersekali dengan rancangan “Phasing In – Phasing Out” kapal-kapal usang yang masih di dalam perkhidmatan secara menyeluruh selaras dengan Penjajaran Pelan Transformasi TLDM 15to15″ maklum TLDM dalam kenyataan tersebut.

Sementara itu, TLDM turut menyatakan punca dan faktor yang menyebabkan KD Pendekar tenggelam masih dalam siasatan oleh Lembaga Siasatan.

Sumber: Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd