Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Kastam WPKL Gagalkan Cubaan Seludup Arak, Dron Dan Ganja Bernilai RM5.4 Juta

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit 1, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, berjaya menggagalkan tiga cubaan penyeludupan melibatkan barangan larangan iaitu minuman keras, dron dan dadah jenis ganja dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM5.4 juta termasuk cukai.

Menurut laporan Berita RTM, Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Raizam Setapa @ Mustapha berkata, rampasan tersebut merupakan hasil risikan bersepadu dan kerjasama strategik antara Bahagian Penguatkuasaan JKDM WPKL dan Bahagian Pemeriksaan Penumpang Lapangan Terbang.

“Jumlah keseluruhan rampasan yang dicatatkan oleh JKDM WPKL pada hari ini ialah sebanyak RM5,445,669, merangkumi nilai barang rampasan berjumlah RM3,578,536 dan cukai sebanyak RM1,867,133,” katanya.

Foto: Berita RTM

Dalam kes pertama yang berlaku pada 7 Mei lalu, JKDM berjaya menyita sebanyak 21,351 liter minuman keras pelbagai jenama yang ditemukan di dalam sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Utara, Klang.

Pemeriksaan mendapati barangan tersebut tidak mempunyai permit import yang sah dan dipercayai untuk dipasarkan secara haram di dalam negara dan nilai barangan dianggarkan sebanyak RM1,224,600 manakala nilai cukai pula mencecah RM1,789,000.

Sementara itu, pada 23 April lalu, pasukan JKDM menemui sebanyak 20 unit dron jenis DJI Agras T50 yang cuba diimport tanpa permit sah melalui sebuah gudang kurier di KLIA.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Utusan Malaysia

Barangan berkenaan diseludup masuk dengan menyamar sebagai ‘kitchen towel’ dan dianggarkan bernilai RM1.56 juta dengan nilai cukai sebanyak RM78,000.

Dalam satu lagi kejayaan, JKDM WPKL turut berjaya mematahkan cubaan mengesksport dadah jenis ganja seberat 10.055kilogram ke luar negara melalui KLIA pada 29 April dan anggaran nilai rampasan tersebut ialah sebanyak RM993,936.

Semua kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan tanpa permit dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah berbahaya.

Foto: Kosmo!

Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup atau hukuman gantung sampai mati.

Pihak JKDM turut menyeru orang awam untuk terus bekerjasama dalam usaha memerangi kegiatan penyeludupan.

Sebarang maklumat boleh disalurkan melalui Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855, dan identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita RTM

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd