Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Kanye West Sifatkan Pakaian Isteri Seni, Nafi Dihalau Dari Grammy 2025

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) Kanye West sifatkan pakaian isteri seni dan menegaskan bahawa mereka meninggalkan Anugerah Grammy 2025 secara sukarela dan bukannya dipaksa seperti yang didakwa ramai.

Memetik laporan The Sun, West telah mencetuskan kemarahan ramai selepas isterinya bergaya di sebelahnya dengan gaun yang tidak menyembunyikan mana-mana bahagian tubuhnya.

Kanye West sifatkan pakaian isteri seni

West dan isterinya tiba ke majlis anugerah berprestij itu dan mula mengambil gambar bersama sebelum penyanyi rap itu mengarahkan Censori menanggalkan kot bulu berwarna hitam untuk mendedahkan tubuhnya yang tidak ditutup tanpa seurat benang.

Menurut dakwaan ramai, West dan Censori kemudian diminta untuk meninggalkan majlis anugerah yang berlangsung di Los Angeles itu susulan bimbang dengan pakaian isterinya yang dianggap tidak senonoh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, menurut individu-individu yang rapat dengan Kanye, penyanyi rap itu menegaskan mereka meninggalkan majlis itu atas kehendak sendiri disamping turut mengkritik majlis tersebut sebagai ‘membosankan’.

Malah, ada juga sumber yang memaklumkan West memang merancang untuk berjalan di Red Carpet sahaja dan selepas itu akan meninggalkan majlis tersebut.

Tak dengar arahan orang lain, Kanye West sifatkan pakaian isteri seni

“West tidak akan menghadiri keseluruhan majlis itu kerana ia terlalu hambar dan membosankan,” kata sumber tersebut.

Artikel lain: Nikita Willy Dedah Tak Pernah Kentut Depan Suami, Pilih Buang Angin Di Bilik Air

Sementara itu, ramai yang menganggap bahawa tindakan penyanyi rap itu hanya gimik, bagaimanapun West menegaskan pakaian isterinya adalah ‘seni’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia muncul dan mencetuskan tajuk utama di seluruh dunia, kemudian pergi. Tiada siapa yang memberikan arahan kepada Kanye dan walaupunada, dia tidak akan mendengarnya,” ujar sumber itu lagi.

Dalam pada itu, Kanye juga dilihat sempat berbalah dengan penganjur majlis tersebut.

Nafi dihalau kerana Censori, Kanye West sifatkan pakaian isteri seni

Kanye West sifatkan pakaian isteri seni

Sumber menjelaskan bahawa rangkaian televisyen CBS yang merakam majlis tersebut telah memberi amaran kepada West dan memaklumkan dia boleh dikenakan tindakan kerana pakaian isterinya.

Sementara itu, seorang pembaca bibir mendakwa West telah mengarahkan isterinya itu untuk membuat ‘isu’ dan menyuruh Censori membuka kot hitamnya.

Menurut pembaca bibir itu, West berkata kepada isterinya untuk menjatuhkan kot hitam ketika dia sedang membelakangi jurugambar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: The Sun UK

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd