Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Sumber Dakwa Kanye West Dan Isteri Sudah Berpisah, Bakal Fail Perceraian?

Beberapa hari selepas cetus kontroversi di Grammy, sumber mendakwa penyanyi rap dari Amerika Syarikat Kanye West dan isteri sudah berpisah dan kini dalam proses bercerai dengan Bianca Censori.

Memetik laporan Daily Mail, sumber yang rapat dengan West mengesahkan bahawa pasangan itu sudah berpisah dan dijangka akan menfailkan perceraian tidak lama lagi.

Kanye West dan isteri sudah berpisah

Kanye West dan isteri sudah berpisah

Difahamkan, pasangan itu telah bersetuju bahawa Censori akan menerima bayaran sebanyak $5 juta (RM22 juta) bagi perkahwinan pendek itu, yang mana perjanjian itu bermula pada Disember 2022.

Dalam pada itu, Censori dilaporkan sedang tinggal di rumah mereka yang bernilai $35 juta di Beverly Park North, Los Angeles buat masa sekarang, namun keberadaan West tidak diketahui buat masa sekarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, menerusi laporan dari The Independent, wakil West menafikan dakwaan bahawa penyanyi rap itu dan isterinya akan bercerai.

Artikel lain: Kanye West Sifatkan Pakaian Isteri Seni, Nafi Dihalau Dari Grammy 2025

Menurut wakil terlama West iaitu Milo Yiannopolous, penyanyi rap itu dan isterinya sedang menikmati hari Valentine bersama disamping menegaskan pengumuman berkenaan kehidupan peribadi mereka perlu datang dari pasangan itu sendiri.

Bakal fail cerai, Kanye West dan isteri sudah berpisah

“Ye (West) dan Bianca ada di Los Angeles, akan menikmati hari Valentine bersama-sama. Pengumuman tentang kehidupan peribadi mereka akan datang dari mereka sendiri, bukan dari sumber yang tidak diketahui dari tabloid.
“Ini kali kelima atau keenam media melaporkan yang Ye dan Bianca akan bercerai? Saya dah tak dapat kira,” kata Yiannopolous.

Sebelum ini, pasangan itu mencetus kontroversi selepas Censori tampil di Grammys tanpa memakai seurat benang sebelum meninggalkan majlis tersebut bersama suaminya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, orang ramai mendakwa West memaksa Censori untuk tampil tanpa pakaian di Grammys dan penyanyi rap itu menerima kecaman ramai.

Sumber: Daily Mail, The Independent

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd