Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris mendahului saingan utamanya, Donald Trump dalam undian kebangsaan bagi pemilihan presiden selepas Presiden Joe Biden menarik diri daripada pemilihan semula.
Menerusi laporan New York Times, Kamala, 59, mendapat sokongan lebih daripada 1,976 perwakilan yang diperlukan untuk mendapatkan pencalonan bagi pusingan pertama pengundian Presiden AS baharu tersebut menggantikan Biden.
Foto: Sky News
“Sokongan yang diikrarkan tidak terikat sehingga perwakilan membuang undi, yang menurut pegawai parti akan berlangsung antara 1 Ogos dan 7 Ogos,” katanya.
Prestasi Harris dalam pengundian tersebut didorong oleh keterujaan kalangan pengundi Demokrat mengenai perubahan dalam persaingan, menunjukkan beliau mampu meneutralkan lantunan yang diraih calon selepas konvensyen pencalonan partinya.
Sementara itu, Harris berkata, tekadnya untuk melancarkan kempen untuk jawatan presiden itu adalah tindakan yang sudah lama difikirkan dan berharap untuk mendapatkan pencalonan tersebut.
Foto: New York Times
“Malam ini, saya berbangga mendapat sokongan luas yang diperlukan untuk menjadi calon parti kami. Saya berharap untuk menerima pencalonan secara rasmi tidak lama lagi,” ujarnya.
Hasil kempen yang dibuat merekodkan pihaknya telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 100 juta dolar AS daripada 1.1 juta penderma sejak petang Ahad lalu selain memaklumkan sekiranya Trump, 78, menjadi Presiden semula itu sama sahaja seperti menarik negara ke belakang.
Foto: Sky News
“Dengar saya apabila saya berkata, saya tahu jenis Donald Trump. Kami tidak akan berundur,” tegasnya lagi.
Untuk makluman, Konvensyen Nasional Demokrat AS dijadualkan akan berlangsung di Chicago bermula 19 hingga 22 Ogos depan.
Sumber: New York Times