Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Insiden Dengan Pengawal Keselamatan, Jurulatih MMA Dakwa Hanya Mahu Pertahan Diri

Jurulatih seni bela diri campuran (MMA), Tony Lim tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video tular membabitkan pergaduhan antara dirinya dan seorang pengawal keselamatan di luar sebuah kondominium di Selangor, baru-baru ini.

Jurulatih MMA hanya mahu pertahan diri

Menerusi pendedahan yang dibuat kepada penyanyi rap dan aktivis tempatan, Caprice dalam satu video yang berdurasi tiga minit 36 saat yang dimuat naik di Instagram, Tony mendakwa insiden tersebut berpunca daripada provokasi yang dilakukan oleh pengawal keselamatan terbabit.

MMA

Foto: FB Oscar Chai Kai Hei

“Secara ringkasnya, lelaki itu memprovokasi saya. Jadi, saya hanya mempertahankan diri sahaja,” katanya.

Menurut Tony, insiden berkenaan tercetus selepas berlaku satu lagi konfrontasi lebih awal antara pengawal keselamatan sama dengan seorang penduduk lain di kondominium tersebut. Konfrontasi itu turut dirakam dalam satu video yang kemudiannya tular di media sosial.

Artikel lain: Polis Siasat: Pempengaruh Didakwa Langgar Syarat Bekas Suami, Cetus Pergaduhan

“Video pertama yang tular sebenarnya menunjukkan dia bertengkar dengan seorang penduduk. Ketika pertengkaran itu, saya melihat dia memukul bapa penduduk tersebut,” ujarnya.

Tambah Tony, ketegangan memuncak apabila dia bertembung semula dengan pengawal keselamatan berkenaan pada malam Khamis lalu, dan ketika itu, pengawal terbabit hadir bersama dua individu lain yang dipercayai majikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka bertiga datang kepada saya dan teru bertanya adakah saya yang tularkan video pergaduhan tersebut” jelasnya.

Tony bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah individu yang menyebarkan video berkenaan.

“Saya ingin menggunakan platform ini untuk menjelaskan hal sebenar. Bukan saya yang tularkan video itu,” tambahnya.

Dia turut menegaskan bahawa segala tindakannya dalam video tular itu adalah semata-mata untuk mempertahankan diri, bukan untuk mencari pergaduhan.

“Sebagai pengamal MMA, prinsip kami adalah untuk mempertahankan diri, bukan mencetuskan kekerasan. Saya tidak mahu perkara ini terjadi, tapi saya perlu lindungi diri saya,” bahasnya lagi.
MMA

Foto: FB Oscar Chai Kai Hei

Difahamkan, pengawal keselamatan terbabit telah diberhentikan kerja susulan insiden tersebut. Namun, setakat ini masih tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan kondominium mahupun syarikat keselamatan yang terlibat.

Pihak polis juga belum mengesahkan sama ada sebarang siasatan telah dibuka berkaitan kejadian tersebut.

Video dan pendedahan Tony itu terus mendapat perhatian warganet dengan pelbagai reaksi dan pandangan berbeza, terutama membabitkan soal keselamatan dan kewajaran tindakan mempertahankan diri dalam situasi mencabar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @capricedaddycap

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Beban hutang pinjaman bank serta komitmen ansuran E-dagang dipercayai menjadi punca pertengkaran yang berakhir dengan tindakan seorang guru lelaki mengelar isterinya dalam kejadian di...

Sosial

Kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam raptai perbarisan sempena acara sambutan Hari Kebangsaan 2025 mencuri tumpuan pengunjung di Dataran Putrajaya, tidak ketinggalan juga...

Lokal

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang...

Lokal

Misteri penemuan mayat seorang lelaki berhampiran sebuah hotel di Jalan Horley semalam mula terungkai apabila polis menahan seorang pemandu lori berusia 32 tahun. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd