Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Usaha Setahun Berbaloi! Pemuda Raih RM1.87 Juta Jual Koleksi Kad Pokemon

Seorang peminat tegar kad Pokemon, Damiral Imran, menjadi bualan ramai apabila berjaya melepaskan keseluruhan koleksinya dengan nilai jualan mencecah RM1.87 juta.

Menerusi perkongsian di Facebook, Damiral, 25, yang menetap di Shah Alam berkata pencapaian itu merupakan detik berharga buatnya dan komuniti pengumpul kad Pokemon di Malaysia selepas setahun berusaha mengumpul koleksi tersebut.

Menurutnya, kejayaan itu bukan semata-mata transaksi perniagaan, tetapi kisah tentang minat yang mendalam, kesungguhan serta perjalanan panjang yang akhirnya membuahkan hasil.

kad pokemon

Foto: FB @Damiral Imran

Artikel lain: Pak Cik Grab Asyik Tersalah Simpang, Lelaki Tawar Diri Untuk Bonceng Motosikal

“Daripada hanya mencipta legasi, pencapaian ini menandakan antara momen penting dalam hidup saya. Koleksi kad Pokémon saya akhirnya terjual dengan harga RM1.87 juta. Bermula dari sebuah bilik kecil di Shah Alam hingga berjaya mencipta sejarah dalam dunia Pokemon
“Setiap keping kad, setiap kotak, dan setiap malam tanpa tidur kini terbayar. Ini bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan kepada sesuatu yang lebih bermakna. Terima kasih atas sokongan semua,” tulisnya.

Nilai jualan itu dilaporkan hampir menyamai harga pasaran semasa, yang dianggarkan sekitar RM2 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.
kad pokemon

Foto: FB @Damiral Imran

Hantaran Damiral turut disertakan beberapa foto memaparkan ratusan kad Pokemon tersusun rapi di kediamannya, sekali gus menarik perhatian peminat dari dalam dan luar negara yang kagum dengan usaha dan pencapaiannya.

Anak jati Pulau Pinang itu memulakan hobi mengumpul kad sejak Ogos tahun lalu dengan koleksi One Piece sebelum menumpukan sepenuhnya kepada kad Pokemon pada pertengahan tahun ini.

Sepanjang tempoh tersebut, lebih 2,500 kad berjaya dikumpulkan dengan nilai di antara RM2 hingga RM50,000 setiap satu.

kad pokemon

Foto: FB @Damiral Imran

Demi melengkapkan koleksi idamannya, Damiral sanggup berkunjung ke pelbagai negara seperti Jepun, Jerman, Itali, United Kingdom, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan, antara kad paling bernilai dalam simpanannya termasuk Hiroshima Pikachu Poncho Magikarp Gyarados bernilai RM153,000, 2016 Pokemon JPN Expansion 2oth Anniversary 1st Edition (RM17,000) serta 2023 Pokemon SVP Pokemon x Van Gogh (rm10,000)

Tambahnya, keseluruhan koleksi itu dibeli sekaligus oleh seorang usahawan tempatan, Tay Wee Shen.

Advertisement. Scroll to continue reading.
kad pokemon

Foto: FB @Damiral Imran

Sebelum jualan dimuktamadkan, hantaran Damiral sempat mencuri perhatian di PTCC Malaysia apabila dia menawarkan koleksinya pada harga RM1.87 juta beserta beberapa tawaran tambahan seperti pilihan tukar beli Porsche 911 Carrera 4S dan wang tunai RM1 juta, komisen RM50,000 untuk pencari pembeli, serta koleksi One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma.

Menurut laporan laman kewangan Money.co.uk, kad Pokemon pertama kali diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996. Sehingga kini, lebih 34.1 bilion kad telah terjual di seluruh dunia, dengan edisi-edisi terhad tertentu pernah mencetuskan fenomena lelongan bernilai ratusan ribu ringgit.

Sumber: Facebook @Damiral Imran, Sinar Harian (Aisyah Basaruddin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Sosial

Seorang warga emas berusia 71 tahun tidak menghiraukan usia dan cabaran hidup, terus bekerja sebagai penghantar makanan demi menampung keperluan harian. Menerusi perkongsian di...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd