Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Didakwa Jual Kek Coklat Premium RM39 Tapi Berkulat? Fendymojo Mohon Maaf

Jual Kek Coklat Premium

Nama pencipta kandungan di media sosial, Fendymojo menjadi bualan ramai selepas didakwa jual kek coklat premium bernilai RM39 namun berkulat.

Menerusi video tular, wanita dikenali chamiebasir meluahkan rasa kecewa apabila menerima kek coklat premium daripada Fendymojo dalam keadaan tidak memuaskan.

Katanya, dia membuat pesanan pada 16 Mac dan menerimanya beberapa hari kemudian.

Jual Kek Coklat Premium RM39 Tapi Berkulat?

Dengan penuh harapan, dia membuka bungkusan dan penutup bekas kek, tetapi kecewa apabila mendapati sebahagian kecil kek sudah berkulat, kemungkinan akibat penyimpanan yang kurang baik atau terdedah kepada spora.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun begitu, dia hanya membuang bahagian yang terjejas dan tetap mencuba kek tersebut.

“Walaupun dia dah pos awal, dah putih-putih, daripada bau sendiri saya tak rasa dia premium pun.
“Saya beli itu lagi awal daripada ni sebenarnya, belum berkulat lagi pun, tapi yang ini saya beli lepas tu tau, 3 hari selepas saya beli kek tu sebab nak cuba yang ni dan dia dah ada kulat di mana ia mengecewakan,”katanya.

Secara keseluruhan, dia kecewa dengan kualiti kek premium itu, terutama kerana pernah membeli kek lebih murah yang kekal dalam keadaan baik lebih lama.

Dari segi rasa, dia mendapati kek itu biasa sahaja, tetapi menjadi lebih enak setelah ditambah coklat ganache.

Artikel lain: Siap Baling Cincin! Pempengaruh Kecewa, Staf Kedai Emas Beri Layanan Buruk -“Ingat Takda Duit?”

Advertisement. Scroll to continue reading.

Fendymojo mohon maaf, ganti balik & buat penambahbaikan

Tidak berdiam diri, Fendymojo tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial miliknya hari ini.

Beliau dikenali kerana mempopularkan trend ‘Hitam Itu Premium’ berkata, dia bertanggungjawab sepenuhnya dan telah menaik taraf lebih baik berbanding sebelum ini.

Fendymojo berkata, kek yang dibeli wanita berkenaan sememangnya terus dari ketuhar, namun penyedian penghantaran adalah tidak bersesuaian.

“Aku minta maaf sangat sangat. Aku pun dah balas di video itu untuk ganti baharu atau pemulangan wang sepenuhnya.
“Jadi apa yang berlaku di sini, aku sepenuhnya bertanggungjawab,”katanya.

Sumber: TikTok chamiebasir, Fendy Mojo 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga pempengaruh media sosial memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai selepas dikecam berhubung video tular yang memaparkan mereka memberikan sisa tulang ayam kepada...

Lokal

Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini tampil membuat laporan polis baharu selepas mendakwa teringat semula terdapat kesan lebam di belakang badan anaknya...

Lokal

Peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir mendedahkan bahawa pakaian dan barang peribadi milik remaja itu yang dipakai ketika kejadian masih belum diambil...

Lokal

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Choo Ken Hwa menjelaskan insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah sekolah di Port Dickson berlaku tanpa sengaja...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd