Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Johor Bimbang Kekurangan Petugas Kesihatan Akibat Tawaran Gaji Lumayan Di Singapura

Kerajaan Johor menyuarakan kebimbangan terhadap trend penghijrahan petugas kesihatan awam Malaysia, terutamanya doktor dan jururawat ke Singapura berikutan tawaran gaji serta faedah yang jauh lebih menarik di republik itu.

Johor bimbang kekurangan petugas kesihatan

Menurut laporan Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon berkata, fenomena ini bukan perkara baharu dan semakin membimbangkan apabila ia mula memberi kesan kepada perkhidmatan kesihatan negeri, khususnya menjelang pembukaan Hospital Pasir Gudang pada 1 Ogos ini.

johor

Foto: Berita Harian

“Ramai dalam kalangan petugas kesihatan awam negara sudah pun menerima tawaran dari hospital di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, situasi itu memberi tekanan kepada fasiliti kesihatan di Johor kerana kita terpaksa memindahkan kakitangan sedia ada untuk mengisi keperluan hospital baharu,” katanya.

Majlis tersebut turut disempurnakan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan dihadiri oleh Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad.

Artikel lain: Tular MoH Singapura ‘Turun’ KL, Mahu Rekrut Doktor & Jururawat Dengan Gaji Lumayan!

Tian Soon memaklumkan bahawa kerajaan negeri Johorbakan mengadakan pertemuan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membincangkan langkah jangka pendek dan panjang termasuk menambah jumlah pengambilan pelatih kesihatan dan menawarkan insentif lebih kompetitif bagi menggalakkan mereka kekal dalam perkhidmatan awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kebimbangan itu turut disuarakan selepas tular satu perkongsian di platform Threads oleh pengguna @dr_amandaelli mengenai sesi temu duga terbuka yang akan dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura di Kuala Lumpur, bulan depan.

Difahamkan, doktor dan pengamal perubatan am dari Malaysia ditawarkan pakej menarik bernilai kira-kira RM385,000 setahun, tidak termasuk elaun penginapan, perlindungan insurans serta pelbagai manfaat tambahan.

johor

Foto: msn

Mengulas perkara itu, Ahli Dewan Negara, Dr RA Lingeshwaran turut menyatakan kebimbangan bahawa tawaran sebegitu mampu mempercepatkan penghijrahan doktor Malaysia ke luar negara, sekaligus memburukkan lagi masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor kesihatan tempatan.

Dalam perkembangan sama, Tian Soon turut memberi jaminan bahawa pihak kerajaan negeri menghargai sumbangan para doktor dan jururawat serta yakin bahawa ramai daripada mereka sebenarnya mahu terus berbakti di tanah air.

“Namun, kita tidak boleh bergantung pada semangat semata-mata. Skim perkhidmatan perlu ditambah baik dan insentif harus setimpal supaya mereka tidak terpaksa mencari peluang lain di luar negara,” ujarnya.

Mengenai pemindahan kakitangan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan hospital lain ke Hospital Pasir Gudang, beliau berkata, langkah tersebut perlu tetapi berharap KKM dapat segera menggantikan kekosongan yang ditinggalkan agar perkhidmatan kesihatan di hospital asal tidak terjejas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Mohamed Farid Noh)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd