Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Johan Ghazali Dinobat ‘Breakout Star Of The Year’ One Championship

Petinju Muaythai negara, Muhammad Johan Ghazali bin Zulfikar dinobat sebagai ‘Breakout Star Of The Year‘ One Championship pada usia 17 tahun.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pihak One Championship menerusi laman Instagram mereka dengan memuat naik sebuah poster beserta wajah atlet berkenaan.

Johan Ghazali dinobat ‘Breakout Star Of The Year’

View this post on Instagram

A post shared by ONE Championship (@onechampionship)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Saya Mahu Jadi Diri Sendiri, Bukan ‘The Next Rodtang’ – Johan Ghazali

Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo telah menunjukkan prestasi cemerlang tanpa kalah di One Championship yang secara tidak langsung mnejadikan dirinya sebagai petinju mempunyai masa depan yang cerah.

Netizen ucap tahniah!

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan tahniah buat Jojo dengan pencapaian yang dimilikinya pada usia muda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga terus berjaya

Malah, ramai yang mendoakan agar Jojo meraih lebih banyajk pencapaian selepas ini dalam bidang tersebut dan sekaligus mengharumkan nama diri, keluarga dan negara.

Terdahulu,  Jojo berjaya menumpaskan Tabares dengan pukulan ‘knockout’ (KO) pada pusingan pertama dalam pertarungan ONE Fight Night 17 di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Dia turut memberitahu mahu jadi diri sendiri selepas dibandingkan dengan jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangon susulan kemenangannya ‘knockout 36 saat’ ke atas Edgar Tabares.

Sumber: Instagram @One Championship

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd