Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Jin BTS Bakal Tamat Latihan Tentera, Peminat Diminta Tidak Datang Ke Lokasi

Selepas setahun berkhidmat, salah seorang ahli Bangtan Boys (BTS), Jin bakal menamatkan latihan ketenteraannya pada 12 Jun ini sekali gus meminta agar para peminat tidak menghadiri lokasi berkenaan atas faktor tertentu.

Menerusi laporan Koreaboo, agensi BTS iaitu Big Hit Music telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pelepasan Jin atau nama sebenarnya, Kim Seokjin pada esok.

Foto: Weverse

Big Hit menyatakan bahawa memandangkan hari pelepasan vokalis berusia 31 tahun itu hanya dikhaskan untuk anggota tentera sahaja, maka tiada sebarang acara khas bersama peminat diadakan pada tarikh berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami teruja untuk memaklumkan berita tentang pelepasan ketenteraan Jin. Dia (Jin)  hampir menamatkan perkhidmatan aktifnya dalam tentera dan tidak lama lagi akan diberhentikan.”
“Sila ambil perhatian bahawa hari pelepasan dikhaskan untuk anggota tentera sahaja. Tiada acara khas dirancang pada hari Jin keluar,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Big Hit turut menyeru para peminat agar tidak melawat lokasi berkenaan pada hari pelepasan itu atas faktor keselamatan memandangkan tempat tersebut akan menjadi sesak.

Foto: Media Sosial

“Untuk mengelakkan sebarang isu yang timbul daripada kesesakan, peminat amat dinasihatkan untuk mengelak daripada melawat lokasi ini.
“Tolong sampaikan salam mesra dan sokongan dalam hati anda,” ujarnya.

Selain menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada selebriti berkenaan, agensi ini turut berikrar untuk sentiasa berusaha dalam memberi dorongan kepada artis di bawah naungannya itu.

Sumber: Koreaboo

Nadhirah Suhaimi
Written By Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

“Dia memang seorang adik yang baik. Walaupun bongsu daripada 15 beradik, dia sanggup bekerja siang malam demi menyara keluarga.” Itu luahan abang kepada Zulazren...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd