Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

JAKIM Sekali Lagi Sahkan Produk Sandwich Ham Dan Cheese Tiada Sijil Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sekali lagi sahkan bahawa bahan mentah produk sandwich ham dan cheese yang tular baru-baru ini tiada sijil halal.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pemeriksaan yang dijalankan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada 10 Januari lalu mendapati produk tersebut bukan sahaja tidak memilik Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM), malah syarikat yang menghasilkan produk itu juga bukan pemegang SPHM.

JAKIM sekali lagi sahkan sandwich tiada sijil halal

JAKIM sekali lagi Sahkan Sandwich Tiada Sijil Halal

Foto: Harian Metro

“Hasilnya, tindakan undang-undang di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 [Akta 730] iaitu Perintah perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 telah diambil oleh pihak KPDN.
“Dalam konteks pensijilan halal Malaysia, mana-mana produk atau perkhidmatan tidak boleh diperihal halal dan ditanda dengan halal selagi mana tiada pengesahan mahupun perakuan daripada Pihak Berautoriti Pensijilan Halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Artikel lain: Salah Guna Logo Halal, KPDN Serbu Kilang Sandwic Tular

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa penggunaan sijil halal pembekal tidak melayakkan sesuatu produk diperakui halal.

“Hal ini kerana sesuatu produk hanya boleh doperakui halal oleh pihak berautoriti setelah memenuhi standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia yang merangkumi aspek pengendalian, penyediaan dan pemprosesan secara menyeluruh.
“Oleh itu, JAKIM menggesa pengusaha-pengusaha di luar sana supaya cakna terhadap peruntukan undang-undang yang diguna pakai bagi mengelakkan daripada perkara sebegini berulang,” ujarnya.

JAKIM sekali lagi Sahkan Sandwich Tiada Sijil Halal

Foto: Harian Metro

Sebelum ini, syarikat pengeluar sandwic kontroversi mendedahkan bahan mentah yang diguna dalam pembuatan makanan itu memiliki pensijilan halal daripada JAKIM.

Syarikat Shake and Bake Cafe Sdn Bhd dalam kenyataan yang dikeluarkan media pada Rabu dilaporkan berkata penghasilan sandwic itu menggunakan roti, keju dan kepingan daging ayam yang diperakukan halal oleh JAKIM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada masa yang sama, syarikat itu juga mengesahkan pegawai KPDN serta JAKIM sudah melalukan siasatan ke atas premis mereka pada jam 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis telah merakam keterangan isteri dan adik kepada Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, atau lebih dikenali sebagai Ija Nizaruddin, yang dilaporkan hilang di Sungai...

Dunia

Seorang pelari dari Indonesia mencipta satu momen indah apabila berjaya menamatkan larian Half Marathon sejauh 21 kilometer (KM) dengan hanya menggunakan sepasang ‘selipar Jepun’...

Sosial

Seorang ibu muda dikenal sebagai Ain Farhana Binti Mohd Fadzli, 27, telah menghembuskan nafas terakhir selepas melahirkan anak keduanya akibat komplikasi di bahagian kepala....

Lokal

Pihak polis menyerbu sebuah banglo di Jalan Kemumin, Kota Bharu yang dipercayai mengadakan perjumpaan makan-makan sekumpulan individu sejenis yang melibatkan hampir 100 penyertaan. Serbuah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd