Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral Dikurang Dari 60 Minit Ke 30 Minit Pada Waktu Puncak

Jadual kekerapan perkhidmatan bas dan tren komuter Keretapi Tanah Melayu (KTM) laluan Pelabuhan Klang-KL Senral-Pelabuhan Klang dikurang 30 minit pada waktu puncak masing-masing mulai 17 Januari dan 20 Januari ini.

Memetik laporan Bernama, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek Kereta Api Berkembar Elektrik Lembah Klang 2 (KVDT2).

Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurang ke 30 minit

Jadual KTM Komuter Dikurang 30 Minit

Foto: Bernama

Selain itu, ia juga bagi menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk arah pelabuhan Klang ke KL Sentral, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit kepada waktu puncak pagi dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit.
“Untuk arah KL Sentral ke Pelabuhan Klang pula, tren akan beroperasi pada kekerapan 30 minit pada waktu puncak petang dan waktu lain akan digantikan dengan bas pada kekerapan 30 minit,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Perubahan Jadual Waktu KTM Komuter Laluan Pelabuhan Klang-KL Sentral-Pelabuhan Klang di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Jadual KTM Komuter Dikurang 30 Minit

Foto: Bernama

Merujuk kepada statistik taburan penumpang, beliau berkata berdasarkan sistem aplikasi KTMB Integrated Ticketing System (KITS), jumlah penumpang paling tinggi pada waktu pagi menuju ke Kuala Lumpur.

Manakala, jumlah penumpang paling tinggi dari KL Sentral menuju kembali ke Pelabuhan Klang adalah pada waktu petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel penuh: Beri Manfaat Lebih 5.2 Juta Murid, Agihan Bantuan Awal Persekolahan Bermula 13 Januari Ini – KPM

Dalam pada itu, Loke berkata penjadualan berdasarkan data itu dapat memastikan tren KTM ditumpukan kepada waktu jumlah penumpang yang tinggi manakala bas boleh memberi perkhidmatan pada waktu jumlah penumpang lebih rendah.

“Selain mengurangkan masa menunggu dairpada 60 minit ke 30 minit untuk pengguna, penjadualan bersepadu ini turut akan mengurangkan masa perjalana keseluruhan tren antara Pelabuhan Klang dan KL Sentral hingga 15 minit.
“Kerja-kerja KVDT2 juga boleh dilaksanakan dengan lebih lancar pada waktu tren tidak beroperasi. Jadual baharu ini akan berkuat kuasa pada 20 Januari 2025, bagaimanapun perkhidmatan bas akan bermula seawal 17 Januari 2025 agar pengguna mempunyai amsa untuk menyesuaikan diri,” ujarnya.

Jadual KTM Komuter Dikurang 30 Minit

Sementara itu, beliau turut berkata 22 unit bas perantara percuma akan disediakan bagi tempoh pelaksanaan projek KVDT2 meliputi laluan Subang Jaya-Batu Tiga-Shah Alam-Padang Jawa-Subang Jaya dan Subang Jaya-Bukit Badak (pergi balik).

Perkhidmatan bas percuma itu turut merangkumi laluan pergi balik bagi Subang Jaya-Klang, Subang Jaya-Teluk Gadong dan Subang Jaya-Pelabuhan Klang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kekerapan setiap bas adalah 30 minit bergantung kepada keadaan trafik. Waktu ketibaan bas akan dipaparkan di stesen KTM berkenaan untuk memudahkan perjalanan penumpang.
“Bagi laluan dari stesen KTM Abdullah Hukum hingga Subang Jaya, pengguna boleh menggunakan perkhidmatan bas sedia ada dan laluan LRT Kelana Jaya,” jelasnya.

Loke berkata penambahbaikan itu susulan maklum balas berkenaan kekerapan yang tidak memuaskan di laluan KTM Komuter KL Sentral-Pelabuhan Klang akibat terjejas oleh kerja-kerja KVDT2.

Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan dan KTM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang maklum balas berkenaan inisiatif ini agar penambahbaikan berterusan boleh dilaksanakan.

Projek KVDT2 adalah inisiatif kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan bagi menaik taraf infrastruktur dan landasan yang telah berusia lebih daripada 25 tahun bagi meningkatkan kecekapan serta menjamin keselamatan pengoperasian tren jangka panjang.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd