Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Isytihar Taat Setia Kepada Sultan Pahang, PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

Adun Perikatan Nasional (PN) di Pahang sokong gesaan Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah untuk siasat Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan kenyataanya berhubung pelantikan perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ketua Pembangkang negeri dan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man juga menzahirkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Tengku Hassanal dan ayahandanya Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

PN Pahang sokong gesaan siasat Muhyiddin

PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

Foto: Focus Malaysia

“Adun PN Nasional Pahang menyokong penuh Titah Tengku Mahkota Pahang berhubung ucapan Muhyiddin semasa berkempen di Nenggiri agar satu siasatan yang adil dijalankan atas dakwaan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, PN Pahang juga meletakkan keyakinan penuh kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka berhubung dengan siasatan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

“Kami meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjalankan tugas memreka dan semua pihak tidak perlu menimbulkan polemik serta hendaklah akur terhadap Titah Tuanku,” ujarnya.

Sebelum ini, Tengku Hassanal menggesa siasatan berhubung ucapan Muhyiddin yang merupakan pengerusi PN itu berkaitan pelantikan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-15.

Artikel lain: Takut Hilang Jawatan, Muhyiddin Tak Akan Dedah 115 Nama MP – Salleh Said

“Saya menzahirkan kemurkaan dan rasa terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis telah memperlekeh dan mempertikaikan tugas Al-Sultan Abdullah.
“Kenyataan Muhyiddin ini juga kelihatan tidak matang, menampakkan seolah-olah beliau masih tidak boleh menerima kenyataan yang beliau tidak dilantik sebagai perdana menteri,” titah Tengku Hassanal.

PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

Foto: Kosmo

Pada masa yang sama, Tengku Hassanal juga menyifatkan ucapan tersebut sebagai ‘berbahaya’ kerana ia menghasut rakyat hilang kepercayaan terhadap institusi diraja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, setiausaha sulit Tengku Hassanal memfailkan laporan polis terhadap bekas perdana menteri itu.

Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga merupakan presiden Bersatu mempertahankan ucapannya semasa kempen pilihan raya kecil di Nenggiri baru-baru ini.

Muhyiddin menegaskan dia tidak bermaksud untuk merendahkan peranan Sultan Abdullah bagaimanapun beliau hanya menyampaikan fakta.

PN Pahang Sokong Gesaan Siasat Muhyiddin

Foto: Malay Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya ingin menegaskan bahawa ucapan saya di Nenggiri adalah suatu kenyataan fakta yang tidak bermaksud untuk menghina institusi raja atau menimbulkan kecenderungan menghasut. Saya percaya kenyataan saya itu tidak melanggar mana-mana undang-undang negara,” katanya.

Sumber: Facebook Tuan Ibrahim Tuan Man

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita yang dipercayai anak pemandu lori yang terlibat dalam insiden anak gajah mati digilis di Kilometer 80, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli pada...

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Bisnes

Syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan Motor Co, rancang buang kira-kira 20,000 pekerja di seluruh dunia, lebih dua kali ganda daripada jumlah yang diumumkan pada...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd