Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar Dan Tengku Natasya Berlangsung Tiga Hari

Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan pilihan hatinya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Menerusi perkongsian di Facebook Kesultanan Pahang, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman sempena bakal berlangsung Istiadat Perkahwinan Diraja di Taman Duta, pada Ahad.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hantaran tersebut turut memaklumkan, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal.

Majlis Adat Midodareni merupakan acara bersempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah, Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya Afzan, Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.

Foto: Facebook Kesultanan Pahang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Khatam al-Quran Tengku Natasya Puteri Taman Duta, pada Jumaat.

Sumber: Facebook Kesultanan Pahang

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd