Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Isteri Tenang Terjah Suami Dating Dengan Wanita Lain, Rupanya Mengaku Bujang

Tular di media sosial satu video memaparkan seorang wanita yang juga merupakan isteri dengan tenang terjah suami sedang dating dan berlaku curang terhadapnya pada saat dia sedang berusaha mencari rezeki.

Menerusi satu perkongsian di TikTok, @dor3mifas0las1do telah membuat beberapa hantaran berkenaan kecurangan suaminya dengan seorang perempuan lain.

Isteri tenang terjah suami dating dengan wanita lain

@dor3mifas0las1do

emg boleh se frontal ini ngedate sm ceue lain + ngaku bujaang??? 🤣🤣

♬ suara asli – dor3mifas0las1do – dor3mifas0las1do

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menerusi hantaran yang pertama, wanita itu dengan tenang mendekati meja yang sedang diduduki suami dan kekasih gelapnya lalu memegang bahunya dari belakang.

Pada hantaran seterusnya, wanita tersebut telah duduk bersama suami dan kekasih gelapnya dan dengan tenang mendengar penjelasan daripada perempuan tersebut.

Isteri Tenang Terjah Suami Dating Dengan Wanita Lain

Kekasih gelap suaminya pula menjelaskan dia tidak tahu lelaki itu sudah berkahwin kerana ketika awal perkenalan mereka, dia mengaku masih belum beristeri atau berkeluarga.

“Saya ada tanya, kamu sudah berkahwin atau belum? Lepastu dia cakap belum,” kata kekasih gelap si suami.

Dalam pada itu, kekasih gelap si suami turut mendedahkan hubungan mereka sudah berlangsung hampir sebulan, manakala wanita tersebut hanya mampu tersenyum kelat mendengar penjelasan perempuan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Si suami pula hanya mampu mendiamkan diri sambil menutup muka dan menahan malu ketika sedang dirakam oleh rakan kepada wanita itu yang telah menemani isterinya.

Artikel lain: Niat Baik Mahu Beribadah, Muallaf Bawa Babi Untuk Korban

Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak menyalahkan kekasih gelap suaminya kerana dia tidak tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin.

Sementara itu, wanita itu mendedahkan dia sebenarnya tahu si suami berlaku curang, oleh itu dia dan rakannya membuat rancangan untuk terjah suaminya ketika dia sedang bertemu janji dengan kekasih gelapnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebenarnya perempuan itu tidak salah, dia tak tahu lelaki ini dah ada isteri. Ini kami dah rancang dengan kawan saya untuk terjah lelaki ini, biar saya ada bukti yang dia memang ada hubungan dengan perempuan tu,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang meninggalkan komen menyatakan jika si suami mengaku bujang, maka sudah jatuh talak antara mereka.

Kalau dalam Islam, mengaku bujang jatuh talak

Dah jatuh talak tu

Kalau mengaku bujang dalam keadaan sedar, dah jatuh talak

Selain itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen kagum terhadap wanita tersebut kerana tetap berlaku tenang walaupun suaminya sedang curang.

Isterinya sangat baik

Isteri Terjah Suami Dating

Perempuan kalau sakit macam ni la…

Isteri Terjah Suami Dating

Hebat kak, tak marah teruk

Isteri Terjah Suami Dating

Hebatnya si isteri, walaupun dapat tangkap suami curang tak marah-marah atau pukul-pukul si suami….

Sumber: TikTok @dor3mifas0las1do

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd