Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Suami Kecewa, Isteri Ditangkap Berkhalwat Waktu Siang Ramadan

Isteri Ditangkap Berkhalwat Waktu Siang Ramadan

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu mencetuskan kekecohan apabila lelaki berkenaan, yang dipercayai suami wanita itu, memberi amaran kepada isterinya sebaik sahaja individu berbaju maroon ditahan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Isteri Ditangkap Berkhalwat Waktu Siang Ramadan

Rakaman kejadian berdurasi kira-kira satu minit yang dikongsikan di media sosial TikTok memaparkan situasi tegang antara pasangan suami isteri berkenaan.

Dalam video itu, kedengaran lelaki itu meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap isterinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kau aku tak tumbuk kau dah baik tau, lagi kau nak ‘langsi’ dengan aku ek,” katanya sebelum ditenangkan oleh pegawai penguat kuasa yang berada di lokasi.

Tangkapan dilakukan oleh seorang imam bersama penguat kuasa JAIM selepas menerima maklumat mengenai aktiviti mencurigakan di rumah berkenaan.

Menurut kenyataan pasukan penguat kuasa, tangkapan itu dilakukan bagi menahan isteri orang berkhalwat di siang Ramadan.

Video tersebut bukan untuk mengaibkan, tetapi memberi kesedaran kepada masyarakat sebagai kempen Amal Makruf Nahi Munkar.

Artikel lain: Sewa Bilik Bersama, Lelaki Bujang Ditangkap Khalwat Dengan Janda Pada Bulan Ramadan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman itu turut menunjukkan anggota penguat kuasa terpaksa meleraikan pertelingkahan antara pasangan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Kedua-dua individu kemudian dibawa ke balai polis berhampiran sebelum dihantar ke pejabat JAIM untuk tindakan lanjut.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman atau berkhalwat, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali.

Sumber: TikTok unit.operasi.bpk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Dua wanita yang bekerja di sebuah taska dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kematian seorang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd