Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pulang Kerja Lihat Isteri & Anak Tak Bernyawa, Rakaman Suara Suami Undang Sebak

Rakaman suara seorang lelaki yang sebak memaklumkan isterinya dan anak perempuan ditemui tak bernyawa dipercayai telah dibunuh tular di media sosial, sekali gus mengundang rasa sebak orang ramai yang mendengarnya.

tak bernyawa

Pulang kerja dapati anak & isteri tak bernyawa, berlumuran darah

Memetik laporan daripada Harian Metro,  audio berdurasi 20 saat yang dikongsi melalui WhatsApp, lelaki berkenaan dipercayai suami mangsa dalam keadaan trauma memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia tidak dapat hadir bekerja selepas menemui jasad insan tersayang dalam keadaan tragis di rumah.

“Assalamualaikum Daus, esok abang tak kerja tau, isteri aku dengan anak aku kena bunuh dekat rumah. Aku balik-balik tengok pintu terbuka, aku tengok bini aku melimpah darah, anak pun kena bunuh,” rintihnya dalam nada sebak.

Beritahu rakan sekerja anak dan isteri dah tak bernyawa

Rakaman itu ternyata menyentuh hati netizen yang mendoakan agar lelaki tersebut diberi kekuatan menghadapi dugaan berat itu.

Di ruangan komen media sosial, ramai mengenali arwah isteri lelaki itu sebagai seorang penjual kuih yang baik hati dan rajin mencari rezeki membantu keluarga.

“Kami pun baru tahu 10 minit lepas masih terkejut. Kak Su ni baik sangat, rajin berniaga macam-macam kuih raya, roti bagai.
“Runtun hati dengar suara suami arwah, balik-balik rumah tengok anak bini kena bunuh. Semoga diberi ketabahan buatnya,” tulis seorang pengguna.

Artikel lain: Peguam Mohon Tukang Masak Dituduh Bunuh Duda Dirujuk Ke Psikiatri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, media melaporkan mayat wanita berusia 51 tahun bersama anak perempuannya berusia 11 tahun ditemukan suami mereka kira-kira jam 7.30 malam di rumah sewa di Kampung Sekolah Juru.

Mangsa wanita ditemukan sudah tak bernyawa di bahagian dapur dengan keadaan kepala hampir putus, manakala anaknya dijumpai meniarap berlumuran darah di tingkat atas rumah.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketika ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung suspek serta motif kejadian tragis yang meragut nyawa dua beranak itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro 

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd