Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Inkues Zara Qairina: Telefon Awam Asrama Ditutup Dua Hari Selepas Kejadian

Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa telefon awam di dua blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Papar telah ditutup selama dua hari bermula 16 Julai lepas, iaitu selepas insiden membabitkan Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Inkues Zara Qairina

Menurut laporan Bernama, perkara itu didedahkan oleh pengawal keselamatan sekolah berkenaan, Linah Mansoding @ Jaliha, 65, ketika menjawab soalan peguam keluarga Zara Qairina iaitu Shahlan Jufri pada hari kelima prosiding inkues berhubung kematian remaja tersebut.

Inkues Zara Qairina

Foto: Bernama

Shahlan: Puan, boleh saya tahu bagaimana pelajar-pelajar di sana menghubungi ibu bapa mereka?

Linah: Mereka guna telefon awam…ada juga yang pinjam telefon saya”.

Shahlan: Mereka guna duit syiling?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Linah: “Tidak…mereka guna kad. Kalau baki dalam kad tiada, mereka terpaksa guna telefon bimbit pengawal (saya dan seorang lagi).”

Shahlan: Dalam tempoh dua hari selepas 16 Julai, adakah pelajar-pelajar sekolah itu dapat menghubungi ibu bapa mereka?

Linah: “Telefon awam ditutup selama dua hari, dua malam… sebab takut budak-budak telefon ibu bapa.”

Shahlan: Macam mana telefon awam boleh ditutup?

Advertisement. Scroll to continue reading.

Linah: “Suis ditutup.”

Shahlan: Siapa yang tutup?

Linah: “Ketua warden suruh tutup.”

Terdahulu, saksi memberitahu bahawa beliau menemukan Zara Qairina dalam keadaan terlentang di longkang, tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada tengkuk, kira-kira 3 pagi pada 16 Julai lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada akhir prosiding hari ini, Koroner Amir Shah Amir Hassan memaklumkan bahawa beliau bersama pasukan pendakwa raya, peguam dan pakar patologi Dr Jessie Hiu akan melawat lokasi kejadian di sekolah berkenaan pada 9.30 pagi esok.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Tiada Kesan Lebam Ketika Tiba Di Hospital

Bagaimanapun, katanya pengamal media tidak dibenarkan memasuki kawasan sekolah semasa lawatan. Prosiding akan bersambung semula di mahkamah selepas lawatan tersebut.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelum setelah ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seekor anjing yang menyerang seorang kanak-kanak lelaki di sebuah taman perumahan di Batu 9, Cheras, semalam berjaya ditangkap oleh penguat kuasa Majlis Perbandaran Kajang...

Lokal

Seorang suami yang dalam perjalanan pulang bertemu isterinya menemui ajal selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Jalan Klebang Kecil, Melaka pagi Rabu. Hasrat...

Sosial

Tular sebuah rakaman insiden melibatkan dua pelajar Tingkatan 5 di sebuah kawasan perumahan di sini semalam apabila seorang remaja perempuan dilihat bertindak kasar terhadap...

Sosial

Tular di TikTok, majlis akad nikah pasangan bernama Farisya Azwin dan Aiman di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan bulan lalu menjadi bualan hangat dalam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd