Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Influencer Maut Kebuluran Selepas 10 Tahun Amal Diet ‘Vegan’ Ekstrim

Seorang influencer, Zhanna Samsonova atau lebih dikenali Zhanna D’Art yang juga pengamal diet sayur dan buah segar disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 21 Julai lalu akibat mati kebuluran dan keletihan yang melampau.

Menurut laporan Mingguan Wanita, mangsa yang berusia 39 tahun itu difahamkan tidak minum air kosong selama enam tahun dan hampir tidak boleh berjalan gara-gara diet ekstrim yang diamalkan.

Menurut ibunya, Zhanna meninggal dunia akibat jangkitan bakteria kolera yang menyebabkan cirit birit.

Pun begitu, pihak perubatan melaporkan Zhanna mengalami kekurangan zat makanan yang menyebabkan dirinya kebuluran dan keletihan melampau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, rakan arwah memaklumkan Zhanna menderita anoreksia yang menyebabkan dia menjadi sangat lemah sebelum disahkan meninggal dunia akibat diet yang ekstrim.

Bagaimanapun, Zhanna enggan untuk mendapatkan rawatan dan percaya dengan amalan pemakanannya yang hanya bergantung kepada buah dan sayur sahaja untuk teruskan kehidupan.

“Saya melihat badan dan minda dan berubah setiap hari, saya suka melihat perubahan diri sayang yang baru dan tak akan kembali semula kepada tabiat makanan dahulu,” ujar Zhanna sebelum maut.

Apa yang lebih mengejutkan, Zhanna hanya mengamalkan diet buah-buahan, pucuk biji bunga matahari, ‘smoothie’ buah-buahan dan jus selama 10 tahun.

Sumber: Mingguan Wanita (Suhaidah Abd Wahab)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd