Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Janjikan Aksi Lebih Mengegarkan, Impak Maksima 2 Bakal Ditayangkan Tahun Ini

Selepas 18 tahun, sekuel filem yang pernah menjadi fenomena pada tahun 2007 iaitu Impak Maksima akhirnya telah tamat menjalani penggambaran selama sebulan.

Sekuel yang berjudul Impak Maksima 2 kali ini tampil dengan aksi yang lebih mendebar dan menggegarkan yang menampilkan hampir 1,000 buah kereta pelbagai jenis.

Impak Maksima 2 bakal mengegar pawagam

Impak Maksima 2

Filem terbitan Screen Studio Sdn Bhd arahan Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri ini pastinya akan membuatkan peminat sukan permotoran terutama kereta tak sabar untuk menanti filem ini ditayangkan.

Filem Impak Maksima 2 yang dijangka bakal ditayangkan pertengahan tahun ini akan menampilkan barisan pelakon lama yang diganding dengan pelakon baharu yang sedang bersinar dan meningkat naik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Antaranya, Zul Huzaimy, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Dynas Mokhtar, Riezman Khuzaimi, Opie Zami bergandingan dengan Arifie Shah, Nelissa Nizam, Muhsin Nadzli, Fad Bocey, Riena Amirah, Man Raja Lawak dan ramai lagi.

Sementara itu, cabaran utama yang dihadapi dalam pembikinan filem ini adalah untuk memastikan Impak Maksima 2 lebih memukau berbanding yang telah dihasilkan dalam Impak Maksima (2007).

Artikel lain: PM Anwar Minta Jangan Mudah Buat Andaian Kes Ismail Sabri

Namun, sepanjang penggambaran dijalankan, filem ini telah menjadi filem yang paling tular di platform media sosial.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, pendekatan yang lebih berani dalam mempromosikan filem ini setakat ini telah menampakkan keberkesanannya dan ia akan diteruskan sehingga filem ini ditayangkan kelak.

Harapan Penerbit dan Pengarah agar filem Impak Maksima 2 ini terus mendapat sokongan padu dari setiap golongan, pastinya dari peminat filem Malaysia khususnya peminat filem berunsur permotoran.

Tidak dilupakan, sokongan padu yang diterima dari para penaja seperti Goodyear, Petronas Syntium, APD Crew Circuit, Tatabaum Autowerks, Ultra Racing, WrapXpert, Works Engineering, HJC Helmet mencerminkan keyakinan mereka terhadap filem Impak Maksima 2 ini.

Sokongan ini termasuk juga dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang telah banyak membantu melancarkan penggambaran.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nantikan Impak Maksima 2 di pawagam pertengahan tahun ini.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Sosial

Sebuah pergaduhan membabitkan lima wanita di sebuah taman perumahan di Bukit Gambir, Tangkak, tular di media sosial semalam, dengan penyodok sampah, penyapu dan gayung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd